Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini, atas pertuduhan mengugut pegawai polis dan mengaibkan seorang individu, Disember tahun lepas.
Azwanddin, 46, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya masing-masing di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail dan Majistret Muhammad 'Azzam Zainal Abidin.
Di hadapan Solehah Noratikah, lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Ketua Polis Balai Bandar Baru Klang, ASP Harun Abu Bakar, iaitu hendak menyerang Balai Polis Klang, di Dataran Seni Off Jalan Melayu, Pusat Bandar Klang di sini, kira-kira 6.15 petang pada 25 Dis lepas.
Jika sabit kesalahan, Azwanddin yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Muhammad 'Azzam, tertuduh didakwa sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan D. Arumugam, 49, dengan mengetahui mungkin perkara itu akan memecahkan keamanan awam di tempat, masa dan tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Azwanddin dibebaskan dengan jaminan RM13,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh juga diperintah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari sementara Azwanddin yang juga merupakan Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3) diwakili peguam Izzat Muhtar.
Media sebelum ini melaporkan, pada perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy' anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni, 25 Dis lepas, Azwanddin dalam ucapannya didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi antara lain mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang terlibat dalam kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

Mahkamah membenarkan Azwanddin dibebaskan dengan jaminan RM13,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan semula kes. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka

Azwanddin mengaku tidak bersalah beri ucapan berhubung Peristiwa 13 Mei
Azwanddin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Presiden JMM didakwa ugut pegawai polis, aibkan individu
Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya masing-masing di hadapan Majistret.

Teresa Kok saman Azwanddin berhubung ucapan berbaur fitnah
Kok berkata, pada satu perhimpunan di Klang, Azwanddin telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan.

Presiden NGO direman empat hari, kes kenyataan berunsur ugutan
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ucapan berbaur fitnah: Teresa Kok tuntut ganti rugi RM30 juta daripada JMM, Azwanddin
Kok telah mengarahkan firma guaman itu menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripasda Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Kok tercemar.

Azwanddin ditahan polis
Azwandin ditahan pada jam 2.40 petang Rabu ekoran kenyataan berbaur ugutan yang dibuatnya ketika berucap di perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang.

Kursus BM untuk MP martabat bahasa kebangsaan
Usaha ini yang bakal bermula Januari depan dilihat sebagai langkah yang baik untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Persidangan anjuran Freemason di Pulau Pinang dihentikan serta-merta
Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan.