Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang menemui pengerusi cawangan parti seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti yang dibangkitkan sejak Disember.
Menurut naib presiden parti Datuk S. Balakrishnan, jelajah itu dijadual bermula Ahad di Johor dengan Palanivel menemui pengerusi cawangan dan anggota-anggota bahagian peringkat negeri.
"Presiden membuat keputusan untuk menemui semua pengerusi cawangan memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Palanivel tidak akan turun padang untuk menyerang sesiapa. Tiada Pemuda, Wanita (sayap) dan samseng. Kami hanya akan menemui pengerusi cawangan.
"Beliau (Palanivel) akan mendapat maklum balas daripada peringkat bawahan dan akar umbi," kata Balakrishnan pada sidang media di ibu negara, Sabtu.
Balakrishnan berkata timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, dan tiga naib presiden Datuk S. Sothinathan, Datuk M. Saravanan dan beliau sendiri akan menyertai lawatan itu.
Sementara itu, Balakrishnan menegaskan bahawa jelajah itu tidak bertentangan dengan moratorium yang diarahkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Presiden hanya akan menemui pengerusi dan memberi penerangan yang jelas tentang apa yang berlaku. Sebagai presiden yang dipilih, beliau mempunyai hak untuk menemui anggota parti pada bila-bila masa (yang beliau mahu)," kata Balakrishnan yang juga pengerusi MIC Johor.
Pada 5 Dis, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula jawatan tiga naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari, berikutan aduan tentang salah guna kuasa dan salah laku semasa pemilihan, yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
ROS juga menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung parti sehingga isu itu diselesaikan.
Najib berkata Jumaat beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda MIC, satu daripada parti komponen BN.
Bernama
Sat Jan 31 2015

Jelajah itu dijadual bermula Ahad di Johor dengan Palanivel menemui pengerusi cawangan dan anggota-anggota bahagian peringkat negeri. - Gambar Fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Derma, sumbangan untuk MIC semasa 2013 diperakui - Naib Presiden MIC
Bekas Bendahari Agung MIC itu berkata semua derma dan sumbangan yang parti itu terima pada 2013 diperakui sepenuhnya.

MIC kembali dapat sokongan daripada generasi muda, kata P Kamalanathan
MIC kini perlahan-lahan kembali mendapat sokongan daripada masyarakat India dengan pembabitan generasi mudanya terutama golongan profesional.

Anggota Parlimen Rompin dipilih sebagai Pengerusi PAC
Anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dipilih sebagai Pengerusi PAC yang baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pemilihan Presiden MIC 6 Sept, penamaan calon 21 Ogos
Jawatankuasa Kerja Pusat Sementara MIC 2009, yang memihak kepada pemangku presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam, menetapkan 6 Sept sebagai tarikh untuk mengadakan pemilihan presiden parti itu.

Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC
Bagi mengelak MIC lemas lebih teruk di lautan masalah yang sedang dialaminya, para pemimpin veteran parti itu perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi meredakan krisis kepimpinan.

Krisis MIC: 'Tiada siapa bercakap dengan Dr Subramaniam' - Palanivel
Presiden MIC DatuK Seri G Palanivel hari ini berkata beliau akan bejumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan satu mekanisme pemilihan parti yang baru.

Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah
Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain hari ini gagal mendapatkan penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan arahan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan.

Pemuda desak Palanivel muhasabah diri
Pemuda UMNO mendesak Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bermuhasabah diri dan melihat kelemahan yang ada bagi menyelesaikan kemelut parti itu.

MIC tolak hudud - Palanivel
MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang menemui pengerusi cawangan parti seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti.