KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz, 67, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan Naib Presiden Kanan MyPPP Datuk Loga Bala Mohan ketika dihubungi Bernama pagi ini.
"Semalam ketika keluar bersama rakannya, dia ada mengadu sakit dada sebelum dibawa ke hospital. Sebelum itu beliau sempat hubungi saya pukul 10.30 malam membincangkan sedikit perkara tentang majlis tertinggi yang akan berlangsung minggu ini dan hal berkaitan parti.
"Kemudian kira-kira 1 pagi saya dapat perkhabaran mengatakan mendiang meninggal dunia tengah malam tadi. Sekarang mendiang masih di hospital untuk urusan pengebumian dan sebagainya," katanya.
Menyifatkan mendiang Maglin sebagai seorang sahabat yang disenangi ramai, Loga yang mengenali mendiang sejak 1997 berkata mendiang juga seorang yang baik hati, prihatin dan suka membantu orang lain.
Maglin dilantik sebagai Presiden baharu MyPPP Mac lalu selepas beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan parti ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-67.
Mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Mendiang Maglin disifatkan sebagai seorang sahabat yang disenangi ramai, baik hati, prihatin dan suka membantu orang lain.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Mahkamah tolak semakan kehakiman Kayveas batal pelantikan Maglin sebagai Presiden myPPP
Kayveas gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan pelantikan Maglin sebagai Presiden myPPP.
Loga Bala Pemangku Presiden MyPPP, berikutan kematian Maglin
Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan akan memegang jawatan Pemangku Presiden parti itu berikutan kematian Presidennya Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz semalam.
Presiden MyPPP Maglin meninggal dunia tengah malam tadi
Perkara itu disahkan Naib Presiden Kanan MyPPP Datuk Loga Bala Mohan ketika dihubungi Bernama pagi ini.
AGC bantah semakan kehakiman Kayveas batal pelantikan Maglin sebagai Presiden myPPP
Antara alasannya, isu dibangkitkan Kayveas tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.
Kayveas fail tindakan undang-undang batal pelantikan Maglin sebagai Presiden myPPP
Tan Sri M. Kayveas memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan pelantikan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP).
myPPP kini sah di bawah kepimpinan Maglin
Berikutan konflik dalaman berpanjangan dalam parti itu antara puak Maglin dan M. Kayveas, myPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019.
Persatuan baharu lindungi tradisi Hindu Malayalee
Malayalee Malaysia telah mencapai kejayaan besar dan kini mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara