KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit ketika ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan, kata Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata, malah nilai ringgit sebenarnya diyakini akan terus meningkat dalam tahun ini.
Menjelaskan lanjut, katanya pertumbuhan pada 2024 akan didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.
Beliau berkata, sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan kedatangan pelancong pada 2024 dijangka melebihi paras prapandemik sebanyak 26 juta orang.
"Ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terkini ialah perdagangan global bertambah baik daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.
"Bagi Malaysia, eksport menunjukkan penambahbaikan yang stabil sejak suku keempat 2023.
"Malah, pada Januari, eksport telah bertukar positif (8.7 peratus)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau mengulas mengenai nilai ringgit yang terus merekodkan penurunan.
Mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendahnya ditambah pula dengan kelemahan eksport serta pengukuhan dolar AS.
Abdul Rasheed menjelaskan, prestasi semasa ringgit ini dipengaruhi oleh faktor luaran sama seperti mata wang serantau lain.
"Beberapa faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah AS, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian sekitar prospek ekonomi China," katanya.
Bagaimanapun katanya, momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek yang diluluskan di sektor swasta mahupun awam.
"Perkembangan positif ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan penurunan kadar faedah secara lebih awal ekonomi.
"Kebanyakan penganalisis meramalkan nilai ringgit meningkat tahun ini," katanya.
Astro Awani
Tue Feb 20 2024
![Prestasi ringgit bukan cerminan prospek ekonomi Malaysia masa depan - Gabenor BNM Prestasi ringgit bukan cerminan prospek ekonomi Malaysia masa depan - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708424690_TBAbdulRasheedGhaf.jpg)
Abdul Rasheed berkata, pertumbuhan pada 2024 akan didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
![Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724470790_Duitjutakela.jpg)
Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.
![Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723794438_BNM.jpg)
Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
![Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188753_AmirHamzahAzizan.jpg)
Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan.
![Jangan jadikan isu kelemahan ringgit sebagai senjata politik - PM Anwar Jangan jadikan isu kelemahan ringgit sebagai senjata politik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706788425_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan jadikan isu kelemahan ringgit sebagai senjata politik - PM Anwar
Kerajaan sentiasa cari jalan untuk atasi perkara itu termasuk dengan memperkenal kerangka Malaysia MADANI yang bertujuan memperkasa ekonomi negara.
![Prestasi ringgit bukan cerminan prospek ekonomi Malaysia masa depan - Gabenor BNM Prestasi ringgit bukan cerminan prospek ekonomi Malaysia masa depan - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708424690_TBAbdulRasheedGhaf.jpg)
Prestasi ringgit bukan cerminan prospek ekonomi Malaysia masa depan - Gabenor BNM
Prestasi ringgit ketika ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan, kata Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
![Prestasi ringgit akan dijawab Gabenor BNM - PM Prestasi ringgit akan dijawab Gabenor BNM - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708418249_TBAnwarIbrahim.jpg)
Prestasi ringgit akan dijawab Gabenor BNM - PM
Segala persoalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
![Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708316175_Duitjutakela.jpg)
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun negara maju itu mencatat inflasi lebih tinggi, kata seorang penganalisis.
![Ringgit mengukuh susulan ketegangan geopolitik, potensi harga minyak meningkat Ringgit mengukuh susulan ketegangan geopolitik, potensi harga minyak meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705896601_Duitjutakela.jpg)
Ringgit mengukuh susulan ketegangan geopolitik, potensi harga minyak meningkat
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan potensi kenaikan harga minyak susulan daripada ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.
![Ringgit terus catat aliran meningkat Ringgit terus catat aliran meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704944444_Duitjutakela.jpg)
Ringgit terus catat aliran meningkat
Keyakinan berterusan mengenai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang positif meningkatkan sentimen, membolehkan ringgit dibuka tinggi pada Khamis.