SHAH ALAM : Prestasi pemain badminton profesional negara Lee Zii Jia disifatkan berada pada tahap konsisten walaupun tidak berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England 2022 baru-baru ini.
Legenda perseorangan badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata Zii Jia bermain dengan baik dan tidak jauh daripada prestasinya sebelum ini.
"Kalau perkembangan Lee Zii Jia, tengok di Seluruh England dia main agak bagus. Di Terbuka Jerman saya tidak berapa tengok (perlawanan), tapi nampak prestasinya konsisten. Dia kalah di separuh akhir (Seluruh England) tidak jauh beza (sebelum bertukar kepada status pemain profesional) dengan prestasi beliau sekarang ini," katanya.
Beliau mengulas berhubung prestasi Zii Jia selepas selepas tewas di tangan pemain dari India, Lakshya Sen dalam aksi separuh akhir dan gagal ke final Kejohanan Terbuka Jerman selepas dikalahkan jaguh Thailand, Kunlavut Vitidsarn.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Berjiwa Juara, Memori 92 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Dr Mohd Sazili Shahibi.
Rashid berkata tahap prestasi Zii Jia mungkin disebabkan tekanan berbeza dilaluinya di luar dan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun pemain itu perlu berdikari serta berfikir lebih profesional bagi meningkatkan kerjayanya.
Mengulas berhubung prestasi Ng Tze Yong yang kandas di pusingan kedua perlawanan badminton Terbuka Switzerland, Rashid berkata pemain itu masih baharu namun prestasinya sedang meningkat.
"Walaupun dia kalah tetapi dia kalah dalam set penentu. Jadi, nampak dia punya peningkatan dan kita tidak boleh jangka dia terus menang. Sedikit demi sedikit dia belajar dari situ (kekalahan). Saya rasa itu lebih bagus untuk timba lagi pengalaman.
"Namun, saya tengok dia antara pemain pemain yang bagus untuk disandarkan nanti bagi mendapatkan mata untuk kejuaraan Piala Thomas ataupun acara berpasukan," katanya.
Terdahulu, Fakulti Pendidikan UiTM Kampus Puncak Alam memeterai perjanjian kerjasama dengan Kelab Badminton RS kendalian Rashid bagi membangunkan satu Modul Asas Kejurulatihan Badminton yang akan digunakan sebagai sebahagian dari kursus pengajian penuntut fakulti bermula esok.
Mohd Sazili berkata objektif utama kerjasama itu adalah bagi melahirkan guru-guru terlatih dalam bidang kejurulatihan badminton, secara tidak langsung boleh diguna pakai ketika mengajar di sekolah, untuk melahirkan bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022

Rashid berkata Zii Jia bermain dengan baik dan tidak jauh daripada prestasinya sebelum ini. - Gambar fail/ AP
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia