KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), khususnya tadbir urus baik yang menjadi tunjang utama.
Mohamed Khaled berkata prinsip itu sudah diterima pakai secara meluas oleh kerajaan, syarikat dan masyarakat sebagai kaedah untuk menilai risiko serta peluang.
"Prinsip itu telah melangkaui entiti yang berorientasikan keuntungan dan lebih banyak sektor utama yang lain sudah mengalami peralihan penting, termasuk pendidikan tinggi dan kesihatan," katanya dalam ucaptama pada Seminar Keselamatan Negara, di sini hari ini.
Forum itu bersempena dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini.
Menyedari bahawa kekukuhan perkongsian antarabangsa boleh mudah dipupuk berdasarkan tadbir urus yang baik, Khaled berkata ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang juga adalah asas kepada tadbir urus yang baik.
"Dengan prinsip itu membolehkan kita meningkatkan reputasi global kita. Ini akan meletakkan Malaysia sebagai rakan kongsi boleh dipercayai di forum antarabangsa. Hasilnya, pelbagai perkongsian antarabangsa akan membantu meluaskan capaian serta keupayaan, membolehkan perkongsian maklumat, latihan bersama dan kerjasama keselamatan untuk menangani ancaman.
"Peranan aktif di ASEAN, Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA), Rondaan Maritim Selat Melaka dan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) membuktikan komitmen kita terhadap keselamatan serantau," katanya.
Mohamed Khaled mengakui bahawa untuk mencapai dan mengekalkan standard tinggi tadbir urus bukanlah perkara mudah dan pastinya mencabar kerana rasuah, ketidakcekapan dan kurangnya ketelusan boleh menjejaskan asas kepercayaan serta kestabilan.
Beliau berkata isu-isu ini yang akan menghakis keyakinan orang ramai dan melemahkan keberkesanan rangka kerja keselamatan.
Menangani cabaran ini amat adalah penting dan bukan sekadar memerlukan penambahbaikan tambahan malah lebih daripada itu. Di bawah aspirasi Malaysia MADANI oleh Kerajaan Perpaduan, kerajaan berusaha memastikan dua perkara yakni yang pertama, memastikan pentadbiran merangkumi amalan tadbir urus yang baik.
"Kedua, kita akan terus menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang properdagangan, prokestabilan dan properkongsian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Mohamed Khaled berkata prinsip itu sudah diterima pakai secara meluas oleh kerajaan, syarikat dan masyarakat sebagai kaedah untuk menilai risiko serta peluang. - Gambar/ Bernama

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.

Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.