KUALA LUMPUR:Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi hanya boleh dibatalkan jika darurat diisytihar di Negeri Sabah susulan pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, pengisytiharan darurat perlu dilakukan kerajaan negeri atau Persekutuan.
"Kita mempunyai satu bentuk wabak sana, dan wabak ini pun tidak boleh dijadikan begitu sahaja iaitu sebab membatalkan pilihanraya itu.
"Pilihan raya boleh dibatalkan apabila ada darurat apabila ada deklarasi darurat dilakukan sama ada pihak negeri atau pihak persekutuan," katanya semasa dihubungi Astro AWANI, pada Isnin.
BACA: SPR bermesyuarat Selasa depan, bincang tarikh PRK Batu Sapi, Sabah
Menurut Ab Rashid, situasi pengisytiharan darurat yang menyekat sebarang aktiviti pernah dilaksanakan di Sarawak.
"Kalau misalnya seluruh negeri Sabah diisytihar darurat dan sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan, ini pernah berlaku di Sarawak pada masa dulu.
"Namun sama ada wabak yang berlaku ini boleh dijadikan alasan untuk isytihar darurat tak tahu. Banyak permasalahan kalau isytihar darurat ini," ujarnya lagi.
Katanya, SPR perlu mengikut ketentuan perlembagaan negara dan negeri yang sudah termaktub dengan mengisi kekosongan kerusi pilihan raya.
"Satu lagi pujuk semua pihak supaya tidak bertanding dan pakat-pakat, parti kena bincang dan kerajaan boleh urus ya seperti memberi menang tanpa bertanding. Mungkin boleh beri parti menang dulu calon satu orang dan orang lain tak usah bertanding," ujarnya.
SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 13 Oktober bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK Parlimen Batu Sapi.
Rahimah Abdullah
Mon Oct 12 2020

Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, pengisytiharan darurat perlu dilakukan kerajaan negeri atau Persekutuan. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.

Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025.

Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.

Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.

Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.

PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak jam 8 pagi, membolehkan 61,274 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.

PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.