KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Batu Sapi perlu diteliti berikutan keadaan pandemik COVID-19 di Sabah selain tiada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ingin bertugas berikutan bimbang dengan keadaan di situ.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh SPR juga perlu dilihat semula bagi memastikan kelancarannya.
“SPR telah keluarkan SOP tetapi ada masalah di mana tiada petugas sewaktu PRK berlangsung dan saya difahamkan daripada 10 pusat pengundi cuma ada satu petugas yang mempunyai senarai penuh.
“Tiada siapa yang berani kelaur dalam keadaan Sandakan masih berisiko termasuk sekolah-sekolah dan guru pastinya tidak benarkan sekolah digunakan kerana bimbang penularan berlaku walaupun telah disanitasi.
“Bagi yang positif memang kita tidak benarkan keluar mengundi tetapi yang boleh mengundi pasti risau untuk keluar, kita serahkan perkara ini kepada SPR,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Agenda AWANI.
Mengulas mengenai apa yang telah berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dahulu, Ismail Sabri berkata keadaan ketika itu perlu dijadikan pengajaran buat semua pihak khususnya ahli politik yang terlibat.
Menurutnya lagi, SOP telah dikeluarkan pada ketika itu akan tetapi sejauh mana tahap kepatuhan orang ramai termasuk mereka yang terlibat.
“Waktu dulu (PRN sabah) kita ada tetapkan SOP tetapi berapa ramai yang ikut, sama juga sewaktu berkempen, hanya satu atau dua orang yang boleh masuk rumah tetapi kita lihat penuh juga.
“Ahli politik dia ingin menang jadi meraka akan buat apa sahaja untuk menang dan dari segi perhimpunan ramai juga tiada penjarakan sosial akhirnya PRN Sabah mengajar kita sesuatu perkara perlu dilakukan,” katanya lagi.
PRN Sabah pada September lalu turut mendapat respon daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila pihaknya tidak menolak kemungkinan PRN Sabah menyumbang kepada gelombang ketiga penularan COVID-19.
Hilmi Malik
Sun Nov 15 2020

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh SPR juga perlu dilihat semula bagi memastikan kelancarannya. - Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.