HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga emas yang dipenjara sebulan dan denda RM3,000 kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu di sini, pada 30 Mei ini.
Hakim, Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh P Ramasamy, 66, tidak dibawa di mahkamah pada Jumaat.
“Mahkamah mengambil maklum bahawa permohonan semakan tertuduh di Mahkamah Tinggi (Shah Alam) bertarikh 23 Mei telah dibenarkan, maka sabitan dan hukuman diketepikan.
“Bagi kes ini (pertuduhan semula) mahkamah menetapkan 30 Mei untuk sebutan bagi kehadiran tertuduh,” kata hakim itu.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan berkata, tertuduh tidak dibawa di mahkamah untuk kes ini maka pihak pendakwaan memohon satu tarikh sebutan baharu bagi pertuduhan dibacakan semula terhadap Ramasamy.
Sementara itu, peguam, Pavitra Loganathan yang mewakili Ramasamy mengesahkan anak guamnya masih berada di Penjara Kajang namun pada Jumaat, keberadaanya tidak dapat dipastikan.
Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Shah Alam, menolak pengakuan bersalah lelaki yang berdepan pertuduhan kes berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Wendy Ooi Su Ghee memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan difailkan Ramasamy, terhadap pengakuan bersalahnya di Mahkamah Majistret di sini.
Mahkamah menolak pengakuan itu atas alasan, Ramasamy selaku pemohon tidak memahami kesan pengakuan pertuduhan berdasarkan mitigasi yang dikemukakan di Mahkamah Majistret, sekali gus menjadikan pengakuan berkenaan sebagai pengakuan bersyarat.
Pada prosiding 6 Mei lepas, Mahkamah Majistret mengarahkan Ramasamy yang bekerja sendiri itu, untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei dan penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Ramasamy didakwa mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan membawa sepanduk Pakatan Harapan (PH) menggunakan kenderaan pacuan empat roda, dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan permusuhan antara golongan pengundi yang berbeza dalam PRK KKB, untuk mendorong mana-mana pengundi supaya mengundi calon PH.
Perbuatan itu dilakukan di sekitar Taman Bukit Bunga dekat sini pada jam 5.40 petang, 4 Mei lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(A)1 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 24 2024

Sebuah kenderaan pacuan empat roda didapati menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula
Majistret menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh P Ramasamy, 66, tidak dibawa di mahkamah pada Jumaat.

Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.

PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.

PRK KKB: Polis terima 12 laporan, lima kertas siasatan dibuka
Sebanyak 12 laporan polis atas pelbagai kesalahan diterima dengan lima kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berakhir hari ini.

PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.

Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.

PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.

Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.

PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.