Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu Azhar Azizan Harun menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai ujian pertamanya selepas mengetuai badan tersebut.
Azhar yang lebih dikenali sebagai Art Harun berkata beliau akan memastikan perjalanan PRK Port Dickson itu berjalan dengan bersih dan adil sepertimana termaktub dalam undang-undang negara.
Katanya, PRK Port Dickson mendapat perhatian dari dalam dan luar negara kerana personaliti yang bertanding di kawasan Parlimen itu.
"Port Dickson hanyalah pilihan raya kecil yang biasa, tetapi disebabkan personaliti yang bertanding ia mendapat perhatian dari dalam dan luar negara.
"Saya berhasrat untuk menjadikan pilihan raya kecil Port Dickson ini bersih dan adil biarpun baru memulakan tugas sebagai pengerusi," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai usaha penambahbaikan pilihan raya di negara ini, Azhar menjelaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dalam masa terdekat.
"Saya berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dalam masa terdekat berhubung usaha penambahbaikan pilihan raya di negara ini.
"Langkah ini bukan menunjukkan SPR tidak baik, tetapi sekiranya ada penambahbaikan, ia perlu dilakukan," katanya lagi.
Terdahulu, Azhar memulakan tugasnya sebagai Pengerusi SPR yang baharu.
Ketibaan Azhar pada pukul 9 pagi disambut Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Ellias Abu Bakar dan ahli-ahli SPR.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar memaklumkan pelantikan Azhar diperkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan sebagai Pengerusi SPR itu dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 13 Jun lalu, SPR memaklumkan Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah akan memendekkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa 1 Julai.
Irwan Muhammad Zain
Fri Sep 28 2018
![PRK Port Dickson ujian pertama sebagai pengerusi SPR baharu PRK Port Dickson ujian pertama sebagai pengerusi SPR baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61538107245_SPRpengerusi.jpg)
Azhar Azizan Harun menyifatkan PRK Parlimen Port Dickson sebagai ujian pertamanya selepas mengetuai badan tersebut. -Foto Astro AWANI
![KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738994165_FadhlinaSidek.jpg)
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
![Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738989913_BidenTrump.jpg)
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
![KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990557_KDN.jpg)
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
![Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738987908_Penunggangmotosikal.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738989485_tbwreckageaircraft.jpg)
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
!['Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh 'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738985124_AkmalSaleh.jpg)
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639645398_TBAzharAzizanHarun.jpg)
Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.
![Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602684017_AzharAzizanHarun.jpg)
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
![Azhar nafi PM halang usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat Azhar nafi PM halang usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602684017_AzharAzizanHarun.jpg)
Azhar nafi PM halang usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat
Azhar turut berkata berdasarkan rekod Dewan Rakyat sebelum ini, usul yang sama pernah dikemukakan dan tidak dihalang.
![Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Batu Sapi Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Batu Sapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71601954338_AzharAzizanHarun.jpg)
Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Batu Sapi
Ia berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada Jumaat lalu.
![Azalina jelaskan mahkamah tiada kuasa ke atas urusan Parlimen Azalina jelaskan mahkamah tiada kuasa ke atas urusan Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51517304762_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Azalina jelaskan mahkamah tiada kuasa ke atas urusan Parlimen
Azalina berkata kesahan apa-apa prosiding di Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dicabar di mahkamah.
![Kimanis Memilih: Sembilan anggota polis mengundi awal esok Kimanis Memilih: Sembilan anggota polis mengundi awal esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578730912_PilihanRayaKecil.jpg)
Kimanis Memilih: Sembilan anggota polis mengundi awal esok
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata, semua anggota terbabit akan mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut.
![Parlimen Kimanis: SPR akur keputusan mahkamah Parlimen Kimanis: SPR akur keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540819512_AzharAzizanHarun.jpg)
Parlimen Kimanis: SPR akur keputusan mahkamah
SPR akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis.
![PRK Sandakan: 270 anggota polis akan mengundi awal esok PRK Sandakan: 270 anggota polis akan mengundi awal esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557108482_ParlimenSandakan.jpg)
PRK Sandakan: 270 anggota polis akan mengundi awal esok
Seramai 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal esok bagi PRK Parlimen Sandakan.
![Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550923890_ArtHarunSudirman.jpg)
Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkongsi gambar sehelai wang kertas RM1 lama di laman sosialnya yang disifatkan sebagai kenangan terindah bersama Sudirman.
![Tak elok buat begini - Azhar Harun Tak elok buat begini - Azhar Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549938420_TBTweetPalsuDegree.jpg)
Tak elok buat begini - Azhar Harun
Apakah motif utama penyebaran maklumat palsu berkaitan seksyen di dalam Kanun Keseksaan?