JOHOR BAHRU: Sebanyak 61 Pusat Mengundi melibatkan 362 saluran dibuka secara rasmi bermula jam 8 pagi ini bagi memboleh pengundi-pengundi berdaftar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Proses pengundian bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan bagi membolehkan seramai 205,810 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Daripada jumlah tersebut, seramai 165,509 pemilih berdaftar melibatkan Parlimen Pulai, manakala DUN
Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi akan memilih wakil rakyat baharu bagi menggantikan penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
PRK Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.
Di Pulai, PH meletakkan 'orang kepercayaan' Allahyarham Salahuddin iaitu Suhaizan Kayat untuk mempertahan kerusi berkenaan.
Suhaizan yang telah tujuh kali bercuba nasib menjadi wakil rakyat ditentang calon PN, Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohd Fauzi.
Sementara di kerusi Simpang Jeram, perebutan melibatkan calon PH iaitu Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman, calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya, serta calon Bebas, S Jeganathan.
Pada Selasa lalu, seramai 927 pengundi awal melibatkan pegawai dan anggota polis selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi Parlimen Pulai, manakala tiada pengundi awal di Simpang Jeram.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 3,370 petugas SPR ditugaskan bagi proses pengundian di Pulai dan Simpang Jeram.
Sementara itu semakan di portal Jabatan Metrologi Malaysia, daerah Johor Bahru dan Muar diramal berlaku ribu petir pada sebelah pagi dan petang, di satu dua tempat.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) lepas, Allahyarham Salahuddin yang memperoleh 64,900 undi di kerusi Parlimen Pulai, menang dengan majoriti undi 33,174, manakala bagi DUN Simpang Jeram beliau mendapat 8,749 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,399.
Hasimi Muhamad
Sat Sep 09 2023

Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan bagi membolehkan seramai 205,810 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. - Foto fail/BERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.