GEORGE TOWN: Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff berkata walaupun sudah mempunyai senarai calon namun ia belum dimuktamad kerana pihaknya masih membuka ruang kepada semua untuk memberi pandangan termasuk di peringkat akar umbi.
"Sama ada terdapat calon dalam kalangan ahli keluarga Allahyarham (Nor Zamri Latiff), itu kita kena tunggu tetapi calon yang disenarai pendek perlu dikaji banyak sudut antaranya personaliti calon itu sendiri sebab itu kita mengambil sedikit masa untuk memuktamadkan senarai nama calon," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata nama calon yang telah disenarai pendek mungkin diserah kepada pucuk pimpinan selepas mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya Khamis ini tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa.
Muhammad Fauzi turut mengucapkan terima kasih kepada Parti Bersatu kerana memberi laluan kepada Pas untuk mempertahankan kerusi itu.
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut dan SPR dijangka mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK di kawasan itu.
Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Muhammad Fauzi turut mengucapkan terima kasih kepada Parti Bersatu kerana memberi laluan kepada Pas untuk mempertahankan kerusi itu. - Gambar fail/Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRK DUN Mahkota: Wanita UMNO serah tiga nama - Noraini
Wanita UMNO menyerahkan tiga nama kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan menjadi calon bagi PRK DUN Mahkota di Johor.

PRK DUN Mahkota: Pemilihan calon BN di peringkat akhir - Khaled Nordin
Khaled berkata banyak nama calon telah dipertimbangkan dan calon yang dipilih akan diumumkan selepas negara menyambut Hari Kemerdekaan.

PRK DUN Mahkota: PN Johor serah tiga nama calon minggu ini
PN Johor telah menyenarai pendek tiga nama calon daripada gabungan itu untuk bertanding pada PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota.

PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi
Kepimpinan tertinggi PKR akan mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR petang ini bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi PRK Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.

PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang serah senarai pendek nama calon
PKR Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap.

PRK Pelangai: BN Pahang umum calon 17 September ini
BN Pahang menyenaraikan enam nama untuk dipertimbang sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai.

Muhyiddin umum calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

PRN Johor: MUDA umum tiga lagi calon
MUDA mengumumkan tiga lagi calon yang bakal dipertaruhkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.