KUALA LUMPUR: Generasi baharu pengundi harus dididik untuk membuat pilihan dengan baik dan bukan hanya berlandaskan populariti atau elemen hype di media sosial semata-mata.
Felo Penyelidik ILHAM Centre dan Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi MARA, Mujibu Abdul Muis berkata, didikan itu harus dilakukan dengan strategi yang betul, mengambil kira peralihan zaman.
Mengambil contoh kemenangan seorang artis senior dalam satu anugerah berprestij baru-baru ini, Mujibu menegaskan, jika pola pemilihan yang sama berlaku dalam politik, ia sesuatu yang merbahaya untuk masa depan negara.
"Kalau nak kata anak muda hari ini tak pandai mengundi atau tak biasa dengan konsep memilih, itu tak betul kerana generasi ini lahir dari generasi realiti televisyen.
"Tetapi konsep mereka memilih ialah melihat pada elemen popular, ini masalahnya. Kalau kita lihat baru-baru ini, bagaimana seorang artis yang tak pernah menang anugerah tapi kerana gelombang (di media sosial) itu kuat, maka dia menang, di sebalik tidak mempunyai segmen kelompok peminat tertentu.
"Kalau kita pindahkan situasi ini kepada politik, ini berbahaya kerana kita seharusnya tidak dilatih untuk memilih siapa yang popular, tapi harus letak tanggungjawab untuk memilih siapa yang berkelayakan," katanya dalam siaran khas Enam Negeri Memilih, pada Sabtu.
Tambahnya, biarpun bukan medium utama namun media sosial menjadi platform termudah untuk mendekati golongan ini, namun menekankan kepentingan mencari strategi tertentu yang berkesan.
Dalam pada itu, Mujibu juga berpendapat aspek manifesto perlu dimasukkan dalam agenda reformasi bagi membawa negara ke arah pendemokrasian yang lebih baik.
Katanya, jika benar hasrat reformasi politik dan institusi mahu direalisasikan, manifesto harus dijadikan satu aku janji sah bagi semua parti politik bertanding dalam satu pilihan raya.
"Manifesto selalunya jadi kontroversi selepas sesebuah parti menang. Ketika ini baru manifesto disorot dan dipolemikkan, akhirnya kita tahu bagaimana manifesto 'bukan sebuah kitab suci' bagi mereka... kata mereka rangka manifesto tanpa menjangka boleh menang.
"Maknanya manifesto bukan perkara penting dalam parti itu berbanding aspek calon dan parti yang merupakan kerangka yang lebih besar.
"Saya berpendapat, sebagaimana falsafah manifesto itu yang perlu dibentangkan...ini pun kontroversi juga sebab ada calon cakap bentang manifesto selepas menang. Itu salah kerana falsafah manifesto ini satu penawaran dan penawaran ini perlu dibuat secara meyakinkan," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Sat Aug 12 2023

Peningkatan jumlah pengundi datang dengan tanggungjawab untuk memberi kesedaran politik kepada pengundi muda. - Gambar hiasan/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.