GEORGETOWN: Isu pengguran nama besar dalam DAP yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-15 merupakan perkara biasa di dalam parti.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, proses itu perlu dalam memastikan parti kekal relevan dan mempunyai nafas baharu.
"Kita perlu berikan peluang kepada muka-muka baharu kerana ada calon sebelumnya telah pun berkhidmat selama beberapa penggal.
"Kalau kita gagal laksana proses ini maka parti tidak akan lagi relevan dan ketinggalan.
"Kita tidak mahu bila parti sudah ketinggalan baru kita nak buat perubahan." katanya semasa sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon-Calon DAP Pulau Pinang dan Kedah pada Selasa.
Mengulas lanjut, Loke menyatakan proses tersebut bukanlah perkara yang asing apabila setiap kali menjelang pilihan raya.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, dirinya sendiri akan diganti apabila sudah tiba masanya.
"Lim Kit Siang juga sudah bersara dalam arena politik dan begitu juga saya pada masa akan datang.
"Sebagai Setiausaha Agung (DAP) saya akan pastikan perkara ini (pertukaran) akan terus berlaku untuk pastikan DAP terus relevan," katanya lagi.
Ditanyai mengenai calon-calon muka baharu, Loke menzahirkan keyakinan bahawa partinya mampu memperoleh kemenangan.
Perkara itu katanya berikutan prestasi cemerlang yang dipamerkan Pakatan Harapan (PH) yang telah mentadbir Pulau Pinang selama 15 tahun.
Pada Selasa, nama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy tidak dicalonkan sebagai individu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
Keputusan itu sekali gus memperlihatkan beliau tidak akan lagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Selain Ramasamy, antara nama besar DAP yang digugurkan daripada bertanding adalah Ketua Wanita DAP, Chong Eng selepas parti itu menamakan Gooi Zi Sen (Daniel) untuk berentap di DUN Padang Lalang.
Hilmi Malik
Tue Jul 25 2023
Anthony berkata, proses itu perlu dalam memastikan parti kekal relevan dan mempunyai nafas baharu. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.