KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan aset masing-masing dan mendedahkan identiti individu yang takut berbuat demikian.
Menurut Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas lapan bulan membentuk Kerajaan Perpaduan, barisan Kabinet PH-BN didakwa masih belum mengisytiharkan aset walaupun berkali-kali berjanji.
"Bandingkan dengan Kabinet yang lepas, lazimnya proses pengisytiharan aset itu dibuat pada bulan pertama atau paling lewat bulan ketiga atau keempat. Tetapi kini dah masuk bulan kelapan belum ada proses pengisytiharan aset, walhal telah dijanjikan berkali-kali.
"Saya berharap ia dapat dilakukan. Saya rasa dalam bab ini tidak adil untuk hanya salahkan BN. Setiap kali 'reform' tertangguh, jalan mudah terkeluar (alasan) adalah salahkan BN... tak boleh (begitu).
"Rakyat kena tunggu... ini salah BN... BN tak nak (isytihar)... (sedangkan) ini Kerajaan Perpaduan," katanya dalam sidang media pengisytiharan aset calon-calon MUDA di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, menteri BN ketika berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 telah mengisytiharkan harta mereka.
Justeru, beliau mencadangkan agar mewajibkan proses pengisytiharan aset.
"Menteri-menteri Kabinet (BN) seperti YB Khairy Jamaluddin mengisytiharkan aset... Datuk Seri Hishamuddin (Hussein) mengisytiharkan aset, jangan beri alasan.
"Kalau betul adalah salah menteri-menteri BN (tak mahu isytihar aset) dalam Kabinet hari ini, dedahkan siapa yang takut nak isytihar aset. (Adakah) Datuk Seri Ahmad Zahid (Hamidi), atau siapa?
"Dedahkan supaya rakyat tahu perkara ini. Jangan selindung di sebalik hujah 'reform' tak boleh dibuat, semua salah BN. Itu tidak adil kepada rakyat," tegasnya.
Sementara itu, Syed Saddiq berkata kesemua 19 calon MUDA yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan telah mengisytiharkan aset-aset masing-masing hari ini.
Ujarnya, pengisytiharan aset tersebut adalah bukti komitmen calon-calon parti itu dalam memerangi rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik.
Perincian aset-aset calon MUDA boleh layari laman web undimuda.my.
Dalam PRN kali, MUDA yang bertanding di empat negeri menampilkan keseluruhan 19 calon iaitu 14 di Selangor, tiga di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan.
Hasimi Muhamad
Thu Aug 03 2023

Syed Saddiq berkata selepas lapan bulan membentuk Kerajaan Perpaduan, barisan Kabinet PH-BN didakwa masih belum mengisytiharkan aset walaupun berkali-kali berjanji - Fot/ Tangkap layar video MUDA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.