ALOR SETAR: Pas akan melantik jawatankuasa bagi melakukan ‘post mortem’ keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat setelah parti itu hanya menang satu daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berdasarkan rumusan awal terdapat pelbagai faktor penolakan terhadap Pas namun perkara itu hanya akan diketahui secara terperinci selepas 'post mortem' dilakukan.
Menurutnya, bagaimanapun, keputusan di PRN Johor itu memberi gambaran yang positif terhadap Pas berbanding pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
“Pas akan buat post mortem terlebih dahulu, kita akan teliti faktor-faktor yang dikenal pasti dan selepas itu bolehlah ulas lebih terperinci.
“Saya berpuas hati dengan prestasi Pas kerana kemenangan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani itu menunjukkan sokongan positif daripada rakyat Johor terhadap parti,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat daripada pasukan ‘Keluarga Malaysia Everest 2022’ di Wisma Darul Aman di sini pada Ahad.
Ditanya sama ada penolakan pengundi terhadap Pas ada kaitan dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengatakan ‘Johor kurang kesedaran politik Islam’, Muhammad Sanusi tegaskan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pengundi.
“Jika dikaitkan dengan kenyataan itu, saya tak pasti.
Sekarang politik baharu, suasana baharu, Pas diterima di satu kerusi pun bagi saya sudah menunjukkan permulaan yang baik untuk Pas terus menembusi kawasan lain di Johor.
“Pas tak pernah menang banyak di sana, dulu pernah menang empat kerusi ketika bersama Pakatan Rakyat (PR).
Selepas berpecah, disebabkan terdapat seorang calon dibatalkan menyebabkan kemenangan berpihak kepada Pas,” katanya lagi.
Menteri Besar Kedah itu berkata, biarpun Perikatan Nasional (PN) hanya menang tiga kerusi DUN, peningkatan undi di kebanyakan kerusi tidak mengecewakan.
“Keputusan Pas untuk kekal bersama PN pada PRN itu adalah keputusan parti yang perlu dipatuhi sehingga ada arahan sebaliknya.
Namun saya simpulkan, ketika Pas bersama PN, Pas mendapat lebih undi berbanding ketika bersendirian,” katanya.
Menurutnya lagi, Pas akur dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana Johor merupakan kubu kuat UMNO sejak tradisi.
“Saya percaya sebelum mereka buat keputusan bubarkan DUN Johor, BN sudah ambil kira semua faktor yang boleh membawa kepada kemenangan mereka, sebab itu perkara itu tak dibincangkan dalam parti-parti yang membentuk kerajaan negeri sebelum ini.
“Tahniah buat BN yang bolot 40 daripada 56 kerusi DUN.
Kalah menang adat bertanding, bukan sesuatu yang asing terutama buat Pas kalau kalah.
Walaupun sudah lawan sepenuh hati, namun kita terima keputusan pengundi,” ujarnya.
Muhammad Sanusi percaya kemenangan BN itu juga adalah disebabkan pengundi teras parti itu yang keluar mengundi berbanding pengundi muda yang pertama kali mengundi.
“Peratusan keluar mengundi rendah.
Golongan muda yang didaftar secara automatik dan pertama kali mengundi dilihat kurang tunaikan tanggung jawab untuk keluar mengundi.
“Saya yakin kemenangan BN disebabkan pengundi teras mereka, strategi sama seperti yang mereka lakukan di PRN Melaka,” katanya.
Menurutnya, Pas akan menilai peratusan pengundi muda yang pertama kali mengundi selepas didaftarkan secara automatik merangkumi lebih 746,000 orang.
“Kita akan kaji berapa peratus kalangan mereka yang keluar mengundi.
Terima kasih kepada pengundi yang keluar mengundi.
Yang belum mengundi, harap mereka akan mengundi pada PRU15 akan datang,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 13 2022

SANUSI: Pas akan buat 'post mortem' terlebih dahulu, kita akan teliti faktor-faktor yang dikenal pasti dan selepas itu bolehlah ulas lebih terperinci. -Gambar fail/Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.

MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.