KUALA NERANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan parti itu sudah mempunyai sasaran bagi bilangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, akan datang.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkara itu perlu dibawa ke peringkat rundingan bagi peringkat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kedah bersama Pakatan Harapan (PH) negeri.
Rundingan itu jelasnya akan diadakan sebaik sahaja laporan peringkat pertama membabitkan perundingan semua parti politik yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan selesai dibentangkan 19 Mac depan.
Tambahnya, mesyuarat membabitkan kepimpinan UMNO dan BN Kedah juga telah beberapa kali diadakan berhubung persiapan parti dalam menghadapi PRN yang dijangkakan sekitar Jun tahun ini.
"(Dengan PH) kita belum rasmi (adakan perbicangan)... (perjumpaan) tidak formal (antara kepimpinan BN dan PH) sudah ada... (kita ada) bincang tetapi yang penting adalah kita (sudah) ada kita punya sasaran kerusi (untuk ditandingi) dan kita (juga telah) kenal pasti beberapa orang untuk (kita pilih) untuk kita buat perbicangan nanti.
"Jumlah kerusi DUN sasaran sudah ada angka cuma biar jawatankuasa (perundingan kerusi membabitkan parti PH-BN) bawa di peringkat negeri sebelum dibawa untuk ke Jawatankuasa peringkat nasional.
"Kita akan terima nanti jumlah (sebenar), berapa (kerusi DUN) BN akan bertanding dan berapa (kerusi DUN) PH akan bertanding," katanya.
Mahdzir berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan Mesyuarat perwakilan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Kuala Nerang pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau enggan mengulas lanjut menngenai ura-ura beliau akan bertanding di dalam PRN akan datang dan menegaskan ia adalah hal peribadi.
Pada 28 Februari lalu, Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyatakan gabungan itu sedang menantikan format pengagihan kerusi yang mungkin diputuskan pada pertemuan Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 19 Mac ini sebelum meneruskan rundingan secara rasmi bersama BN di negeri itu.
Jelasnya, ketika ini hanya beberapa perbincangan tidak rasmi telah diadakan bersama BN termasuk bersama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan pimpinan yang lain berhubung soal kerjasama menghadapi PRN.
Tambah beliau, berdasarkan asas pembahagian kerusi yang dilaksanakan PH sebelum ini, semua pihak yang berada dalam Kerajaan Perpaduan selepas ini perlu menerima hakikat bahawa kerusi yang dimenangi mana-mana parti akan terus menjadi hak mereka untuk bertanding.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) mampu memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN di Kedah pada PRN akan datang meskipun wujud kerjasama membabitkan BN dan PH.
Ia susulan kemenangan besar PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menawan 14 kerusi Parlimen di negeri itu.
Abd Hadi Che Awang
Sat Mar 11 2023

Mahdzir menjelaskan bahawa perkara itu perlu dibawa ke peringkat rundingan bagi peringkat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kedah bersama Pakatan Harapan (PH) negeri. - Gambar fail

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.

"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.

Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
![[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu [RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.

PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.