KUALA BERANG: Majoriti penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan kebanyakan universiti sudah selesai mengadakan peperiksaan dalam tempoh itu.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada tarikh pengundian yang ditetapkan 12 Ogos itu kebanyakan pelajar juga sudah berada di kampung masing-masing.
"Sekarang pelajar sedang menjalani peperiksaan. Pada hari mengundi kebanyakan universiti dah habis peperiksaan, memang tengah cuti, pelajar dah ada di kampung masing-masing.
"Pada masa sama PRN hanya melibatkan enam negeri. Jadi ramai pelajar beri pandangan peperiksaan diteruskan, jadi memang tak ada cuti (khas untuk pulang mengundi)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu di sini, malam tadi.
Sebelum ini, media melaporkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) antara universiti yang terkesan dengan penetapan tarikh pengundian pada tarikh tersebut.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kedua-dua universiti itu dilapor berkata UUM memulakan peperiksaan hujung bulan ini hingga pertengahan Ogos, manakala UMP mengadakan pengambilan baharu bagi pengajian peringkat diploma ketika pelaksanaan PRN.
PRN bakal berlangsung serentak di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Terengganu juga bakal menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada tarikh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Mohamed Khaled Nordin berkata pada tarikh pengundian yang ditetapkan 12 Ogos itu kebanyakan pelajar juga sudah berada di kampung masing-masing. - Foto fail/BERNAMA
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.

Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.