MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, 20 November ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, langkah itu diambil bagi memastikan individu yang memasuki negeri itu telah lengkap divaksin terutama yang mahu mengundi atau melancong.
“Mungkin kita (polis) akan melakukan sekatan jalan raya di pintu-pintu masuk negeri Melaka, mungkin esok kita akan laksanakan dan bagi memastikan tiada pergerakan orang-orang yang tidak berkenaan masuk ke negeri Melaka.
“Contoh, yang tidak ada vaksin masuk ke negeri Melaka sewenang-wenangnya dan kita di SJR tu kita akan periksa, (kemungkinan) satu vaksin, ada tidak sijil vaksin atau tidak, dan sebagainya. Yang kedua, kalau dia balik untuk mengundi adakah dia pengundi yang berdaftar di sini takut ada ‘alien’ yang datang sini untuk mengundi dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan latihan kawalan keselamatan bagi persediaan PRN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, SJR berkenaan juga diwujudkan bagi memastikan hanya individu yang lengkap divaksin dibenarkan memasuki Melaka selain mengelakkan kehadiran ‘pengundi hantu’.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Nov 06 2021

SJR berkenaan juga diwujudkan bagi memastikan hanya individu yang lengkap divaksin memasuki Melaka selain mengelakkan kehadiran pengundi hantu. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.

Video tular anggota trafik kasari lelaki di SJR, polis buka Kertas Enkuiri Polis
Polis Pulau Pinang membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat secara terperinci kejadian seorang anggota trafik mengasari seorang lelaki di sekatan jalan raya (SJR), di Bukit Mertajam.

Dua lelaki sorok 408.26 gram dadah dalam kereta dicekup
Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 31 tahun ltu ditahan dalam sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di susur masuk Tol Kuala Terengganu.

Tahanan imigresen lolos: Polis tubuh Pasukan Cantas, buru baki 171 PATI
Pihak IPK Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing menubuhkan enam 'Pasukan Cantas' bagi memburu baki 171 tahanan yang masih lagi bebas.

Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan
Lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Tuang air ketum atas jalan
Dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an itu didapati membawa air ketum dalam tiga botol.

JPJ laksana Ops Sedar bermula esok, kesan kenderaan tiada insurans
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.

PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

Aktiviti rentas negeri mungkin disalah guna sesetengah pihak - Ketua Polis Kedah
Polis Kedah akan meningkatkan operasi khususnya di kawasan pintu sempadan susulan kebenaran aktiviti rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi yang memungkinkan kelonggaran ini disalah guna.