MELAKA: Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa esok sehingga 27 Nov, menjadi khabar gembira yang melegakan masyarakat di sini.
Ini kerana mereka bimbang aktiviti yang dilaksanakan menjelang dan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, akan mencetuskan gelombang penularan COVID-19 yang akan menyekat kembali 'kebebasan' yang baharu sahaja dinikmati rakyat.
Bukan sahaja parti-parti politik perlu akur dengan pengumuman itu yang turut menyenaraikan penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya sebagai larangan, bahkan masyarakat juga menuntut komitmen pemimpin untuk mematuhi larangan berkenaan.
Pekerja swasta Saadiah Ismail, 36, dari Klebang berkata prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat itu penting, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat akan terus terjamin.
"Kita dapat melihat melalui media massa, di video dan gambar bagaimana sesaknya di sesuatu tempat apabila pemimpin politik turun padang...jentera parti yang terlibat juga bukan kumpulan yang kecil dan mereka datang dari dalam dan luar Melaka.
"Saya percaya pematuhan SOP sepenuhnya tidak akan dapat dilakukan dengan sebaiknya, memandangkan masing-masing ghairah untuk berkempen dan menarik pengundi. Langkah mengenakan larangan ini amat tepat dan wajar," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Sependapat dengan Saadiah, pengusaha restoran Muhammad Ismail Rahmad, 44, turut bersetuju dengan langkah KKM dan mahu bukan sahaja pemimpin bahkan rakyat juga perlu terus mematuhi SOP bagi mengekang penularan COVID-19 ke Melaka.
"Rakyat telah banyak terkorban dan sengsara kerana COVID-19 dan jika penularan berlaku kerana PRN Melaka, ia akan bagi kesan yang lagi teruk kepada rakyat," katanya.
Bagi suri rumah Afidah Musa, 36, dari Cheng apa yang terjadi selepas PRN Sabah seharusnya diambil iktibar agar ia tidak berulang lagi, yang akhirnya menyebabkan rakyat kembali melalui episod sama iaitu dikenakan sekatan pergerakan.
BACA: PRN Melaka: Perhimpunan berkaitan pilihan raya dilarang mulai 25 Okt
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Goh Hock Gin berkata PRN Melaka merupakan risiko besar kepada penularan jangkitan COVID-19, dan ia memerlukan SOP khas dilaksanakan.
"Sekarang ini kita bukan lihat dari aspek ekonomi sahaja tetapi juga nyawa rakyat. Bagi pemain industri pelancongan, kita baru sahaja hendak menarik nafas lega apabila sempadan negeri dibuka kepada pelancong luar. Kalau kes kembali meningkat, kita khuatir sektor pelancongan terpaksa ditutup semula menyebabkan kita kembali menanggung kerugian," katanya.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini ketika mengumumkan larangan tersebut berkata ia selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP Fasa Empat yang terkini.
Katanya sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Isnin lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 Nov manakala tarikh mengundi pula pada 20 Nov.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021

Langkah KKM mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa esok sehingga 27 Nov, menjadi khabar gembira yang melegakan masyarakat di sini. -Gambar hiasan/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.