SHAH ALAM: Perang bendera yang biasanya melengkapkan suasana penuh warna-warni ketika tempoh berkempen, bagaimanapun dilihat sendu dan tidak semeriah bagi musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor ketika ini.
Tinjauan Bernama di kawasan seperti Shah Alam antaranya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mendapati kebanyakan bendera-bendera yang dipasang juga tidak menampakkan persaingan untuk mana-mana parti memonopoli sesuatu kawasan malah 'billboard' wajah calon jugak tidak banyak kelihatan.
Berbeza keadaannya di Kuala Langat di DUN Sijangkang, 'perang bendera' itu lebih jelas berikutan bendera mula dipasang memenuhi jalan utama namun masih dirasakan kurang meriah oleh penduduk setempat jika dibandingkan dengan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali Khairul, 28 berkata sebelum ini, perang bendera di Pekan Telok Panglima Garang meriah dengan lambakan pelbagai bendera parti serta 'billboard' memenuhi satu-satu kawasan tumpuan khususnya di persimpangan utama jalan.
"Sekarang satu kawasan tu, satu parti bendera. Tidak nampak bersaing. Mungkin masih awal lagi," katanya kepada Bernama.
Mengakui perkara yang sama, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Selangor Normaizatulakmal Tujad berkata hasil pemantauan pada lima hari pertama kempen oleh pihaknya di lapangan mendapati perang bendera di sekitar negeri itu masih kurang meriah.
"Secara umum, kita dapati tidak nampak perang bendera seperti waktu PRU-15 lepas. Kami jangka mereka baru sahaja dapat momentum dan mungkin minggu hadapan akan mula meriah," katanya.
Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Profesor Madya Dr Hamdan Mohd Salleh juga bersetuju dengan situasi itu kerana berdasarkan pemerhatian beliau, perang bendera dan poster di sebahagian DUN agak berkurangan berbanding pilihan raya sebelum ini.
"Namun, kekurangan poster dan bendera parti bukan penanda aras jumlah undi kerana dapatan-dapatan pada pilihan raya lepas menunjukkan banyaknya bendera parti berkibaran tidak semestinya memberi petanda kemenangan," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN ini pada 12 Ogos dan undi awal pada 8 Ogos.
Selangor mempunyai 56 kawasan DUN dengan seramai 3,747,057 pengundi berdaftar layak mengundi dalam PRN ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Bendera-bendera parti kelihatan di kebanyakan tempat terutamanya di jalan-jalan besar dalam kawasan DUN Sungai Kandis ketika tinjauan di Shah Alam, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu