Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertemakan Selangor Baharu, Kita Bangkit, pakej berkenaan merangkumi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran.
"Tawaran ini merangkumi 7 tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran," jelasnya dalam Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor di Shah Alam pada Jumaat.
Hadir sama, Pengerusi PN Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan PN peringkat negeri.

