Calon parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens, di sini, pada jam 10 pagi ini.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Kiulu itu ditemani isteri, Datuk Dr Jaina Sintian.
Madius yang juga Presiden UPKO berkata, beliau berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung setakat ini serta prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan bagi mengekang penularan COVID-19.
“Saya berpuas hati dengan prosesnya sebab semua mengikut SOP, daripada mula mengambil nombor sehingga mengundi.
“Tiada sebab mana-mana pengundi ragu-ragu untuk datang mengundi.
“Harapan saya supaya pengundi-pengundi keluar mengundi. Masih banyak masa lagi, sampai jam 5 petang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ikuti LAPOR LANGSUNG: Hari Penentuan di Sabah
Ikuti juga perkembangan terkini PRN Sabah ke-16 di astroawani.com
Mengulas lanjut, Madius berkata pengundi tidak perlu takut dan ragu-ragu dengan SOP yang telah dilaksanakan oleh pihak berkaitan dalam memastikan keselamatan rakyat.
“Dari segi SOP pihak berkuasa kesihatan, ia baik dan teratur. Dari segi keselamatan, tiada apa-apa masalah.
“Jangan dengar apa-apa khabar angin berkaitan dengan kesihatan. Semua terkawal,” tambah beliau.
Terdahulu, Madius tiba di Pusat Mengundi tersebut pada pukul 9.30 pagi.
Madius berdepan lima pesaing di DUN Kiulu, termasuk Datuk Joniston Bangkuai dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Andau Yasun (calon Parti Cinta Sabah) dan Rozylyn Gelunu (Parti Liberal Demokratik).
Dua lagi ialah calon Bebas iaitu Dominic Yasun dan Jolianis Lampog.
Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi layak mengundi hari ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Seramai 14,935 orang telah mengundi awal.
Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 2,540 saluran yang dibuka di 741 pusat mengundi.
Hasimi Muhamad
Sat Sep 26 2020
![PRN Sabah: Jangan dengar khabar angin, semuanya terkawal - Madius PRN Sabah: Jangan dengar khabar angin, semuanya terkawal - Madius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/61601092188_PRNSabah.jpg)
Madius selesai mengundi di SMK Tun Fuad Stephens, di Kiulu, pagi ini. - Astro AWANI
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739261538_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
![PRN Sabah: Jangan dengar khabar angin, semuanya terkawal - Madius PRN Sabah: Jangan dengar khabar angin, semuanya terkawal - Madius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601092188_PRNSabah.jpg)
PRN Sabah: Jangan dengar khabar angin, semuanya terkawal - Madius
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Kiulu itu ditemani oleh isteri, Datuk Dr Jaina Sintian.
![PRN Sabah: Sokongan ke atas Warisan Plus merebak di luar bandar - Madius Tangau PRN Sabah: Sokongan ke atas Warisan Plus merebak di luar bandar - Madius Tangau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600994402_madius.jpg)
PRN Sabah: Sokongan ke atas Warisan Plus merebak di luar bandar - Madius Tangau
Sokongan pengundi gabungan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sebaliknya dilihat merebak di kawasan luar bandar.
![Tak perlu guna gelaran 'Bekas Ratu Cantik' - penyokong Jo-Anna Tak perlu guna gelaran 'Bekas Ratu Cantik' - penyokong Jo-Anna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524914363_JoAnnaHenleyRampa.jpg)
Tak perlu guna gelaran 'Bekas Ratu Cantik' - penyokong Jo-Anna
Mereka mahu fokus diberikan kepada kelayakan pendidikan beliau dalam jurusan undang-undang dan juga pengalaman beliau dalam politik sebagai ikon untuk belia Sabah.