Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Slim, Sabtu lalu.
Penganalisis dan pemerhati politik berpendapat, cabaran lebih besar menanti gabungan tersebut di Sabah melihat kepada isu pemilihan calon, mengelakkan pertindihan dan perebutan kerusi, selain bentuk rundingan yang boleh digunakan dalam mendamaikan kesemua parti komponen yang ingin bertanding.
Seorang penganalisis, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata isu perebutan kerusi pastinya akan menjadi tumpuan di dalam kem MN, kerana tidak kira UMNO, PAS mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) nescaya akan terasa apabila calon mereka tidak dipilih.
"Perebutan kerusi memang tidak boleh dielakkan. Namun, pengalaman Barisan Nasional (BN) sejak berpuluh tahun dalam isu pengagihan kerusi seharusnya digunakan dengan sebaiknya untuk memastikan kesaksamaan itu.
"Lantas, parti-parti lain dalam MN atau Perikatan Nasional (PN) perlu juga akur tentang isu ini. Jika kesaksamaan ini dapat dipraktikkan dan diselesaikan, isu pengagihan kerusi bukan lagi isu besar," katanya kepada Bernama.
Setiausaha Agung Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa, sebelum ini berkata MN menerima penyertaan Bersatu atas dasar menyatupadukan orang Melayu dan membina kekuatan kelompok teras Melayu-Islam.
Dalam ciapannya pada Selasa, Annuar berkata blok UMNO-PAS-Bersatu telah bersetuju untuk berunding dalam isu pengagihan kerusi dan menggubal bersama-sama manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) gabungan itu selain menyokong kerajaan sedia ada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gabungan tersebut dilihat telah membuktikan kesepakatan mereka tanpa berebut kerusi mahupun pertindihan calon, apabila BN berjaya mengekalkan kerusi DUN PRK Slim dengan kemenangan majoriti lebih besar iaitu 10,945 undi.
Justeru, PRN Sabah bakal menjadi platform memperlihatkan sama ada gabungan tersebut mampu menterjemahkan kejayaan yang sama khususnya demi kestabilan politik orang Melayu dan Islam, kata Nik Ahmad Kamal, yang juga Profesor Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sementara itu, Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata kata putus dan sikap tolak ansur anggota gabungan dalam isu pemilihan calon, logo dan manifesto sewaktu PRN Sabah ini kelak, akan menentukan sama ada gabungan tersebut mampu menempuh PRU15 sebagai sebuah entiti.
Tegasnya, perkara tersebut perlu diputuskan sebelum boleh ke medan perang di Sabah dan berdepan PRU15, cabaran lebih besar yang bakal menguji sejauh mana kestabilan dan kesepakatan telah diraih dan disemai, baik di peringkat pucuk kepimpinan mahupun peringkat akar umbi.
"Perikatan Nasional (PN) dan MN perlu putuskan dan selesaikan isu tersebut kerana kewujudan kedua dua entiti ini bukan sahaja akan mengelirukan pengundi tapi menyukarkan rundingan pembahagian kerusi. Sukar untuk PN dan MN wujud pada satu masa kerana pemain utama kedua-dua entiti ini adalah sama," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis politik Md Shukri Shuaib dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan langkah pendamaian untuk tidak berebut kerusi di PRN Sabah itu antara faktor penting dalam meredakan ketegangan.
Jelasnya, ia juga satu petanda baik bahawa perebutan kuasa dan jawatan peringkat tertinggi tidaklah serius dalam MN dan PN khususnya antara Bersatu dan UMNO sekali gus memperlihat sifat matang ke arah merealisasikan demokrasi profesional dan langkah politik silaturahim.
"Persetujuan bersama untuk berkompromi dan bersepakat itu kena pada waktunya. Rakyat terutamanya majoriti orang Melayu dan bumiputera mahukan supaya parti politik Melayu dan Bumiputera yang berkuasa dapat menjana kesepakatan.
"Ia lambang betapa permusuhan antara parti dapat diredakan bagi mencapai matlamat yang lebih serius," katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sabah ke-16.
Hari pencalonan pula ditetapkan pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020
![PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/41599017444_DUNSabah.jpg)
PRN Sabah bakal menjadi platform memperlihatkan sama ada gabungan MN mampu menterjemahkan kejayaan yang sama seperti PRK DUN Slim khususnya demi kestabilan politik orang Melayu dan Islam. - Gambar hiasan
"Definisi 'peniaga mikro' kita tak termasuk restoran" - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memaklumkan jumlah kuota minyak masak paket bersubsidi setakat ini mencukupi dan tidak ada apa apa penambahan.
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Kuota 60 ribu matrik tan sebulan adalah mencukupi" - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memaklumkan jumlah kuota minyak masak paket bersubsidi setakat ini mencukupi dan tidak ada apa apa penambahan.
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.
![Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739762514_HARIPERTAMASEKOLAH.jpg)
Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.
Hari Pertama Persekolahan 2025: SK Taman Pelangi Meriah dengan Kehadiran Ibu Bapa dan Menteri
Suasana sesi persekolahan hari pertama tahun 2025/2025 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi hari ini meriah dengan ratusan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang menemani anak-anak mereka. Kehadiran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari turut mengadakan kunjungan melihat persekitaran sekolah baharu, SK Taman Pelangi, Semenyih. #AWANInews
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan. #AWANInews
![Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739760045_aaronago.jpg)
Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.
![Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739763561_WinterWeather.jpg)
Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.
AWANI Ringkas: Tingkah laku rasis tidak boleh diterima
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739763416_TERENGGANUHOCKEYTE.jpg)
Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).
![Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717691873_TBShamsulAmri.jpg)
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
![Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713223071_antimissile.jpg)
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
![Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675185961_TByangon.jpg)
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
![Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672070800_PAU.jpg)
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
![Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614316723_Vaksin.jpg)
Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.
![Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah? Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606003415_DrJeniriAmir.jpg)
Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.
![PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599017444_DUNSabah.jpg)
PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.
![Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61449680708_MHSimulator.jpg)
Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.
![Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544869025_DSZahidHamidi.jpg)
Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.
!['Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam' 'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523753757_Harapan.jpg)
'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.