PUTATAN: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang mungkin akan menyaksikan pemilihan serentak membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Parlimen Putatan.
Bagaimanapun, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia terpulang kepada penyandangnya, Datuk Ir Shahelmey Yahya untuk membuat keputusan mengenainya.
"Keputusan di tangan dia (Shahelmey), kalau dia bertanding bermakna dia ikut peraturanlah. Dia kena letak jawatan selaku Ahli Parlimen.
"Bermakna akan ada pemilihan serentak sebab itu bukan peraturan kita, itu peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Zon 2 UMNO Sabah di Masjid Al-Hilal, Kampung Contoh, di sini pada malam Sabtu.
Diminta mengulas lanjut, UMNO bersedia untuk meletakkan calon di kawasan tersebut, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan bahawa ada banyak calon yang boleh diketengahkan.
"Insya-Allah kita banyak calon untuk kita ketengahkan," katanya ringkas.
Untuk rekod, Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat digantung keahlian dalam UMNO selepas bertindak menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun lalu.
Susulan keputusan UMNO yang menggantung keahliannya menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN akan datang bagi mengekalkan kerusi yang disandang melainkan terpaksa keluar daripada UMNO untuk bertanding atas tiket parti lain.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kerusi tradisi UMNO yang kini sudah disandang oleh parti lain, Bung Moktar memaklumkan, akan membuat kajian berhubung perkara itu.
"Pada satu ketika memang ada kerusi yang dimiliki UMNO tetapi kita pinjamkan dengan rakan-rakan lain. Jadi mungkin ketika ini kita akan buat kajian sekiranya UMNO masih boleh menang di situ maka kita akan bertanding.
"Tetapi kita belum putuskan (berapa kerusi yang akan ditandingi), takkan kawasan cina pun kita bertanding. Sabar kita akan putuskan nanti," katanya sambil menyatakan akan fokus pada kerusi yang boleh dimenangi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 17 2024

Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang mungkin akan menyaksikan pemilihan serentak membabitkan Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat dan Parlimen Putatan, kata Bung Moktar. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.

Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Parti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN Sabah
Setakat ini hampir keseluruhan calon disahkan akan bertanding manakala selebihnya akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.

PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.