BINTULU: Kepesatan pembangunan yang berlaku di bandar Bintulu ketika ini menyaksikan beberapa kawasan mengalami kepadatan penduduk yang tinggi.
Seiring dengan pembangunan yang rancak, pastinya sektor ekonomi lain turut berkembang pesat sesuai dengan lokasinya yang memiliki sumber gas asli di luar pantai Sarawak, pastinya harga bagi sebidang tanah dan sebuah rumah di bandar ini melambung tinggi.
Untuk itu, Ketua Masyarakat Bahagian Bintulu, Temenggung Rosli Kamarudin, mencadangkan agar satu kawasan penempatan baharu dibangunkan khusus bagi warga Melayu Vaie yang merupakan komuniti asal di sana.
Astro AWANI berkesempatan menemui beliau di kediamannya yang terletak di Jalan Kampung Sibiew pada Khamis.
Ujarnya, agenda yang mula dirancang bersama Jawatankuasa Penempatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum pada 2014 kini hampir menemui sinar selepas kelulusan diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Selasa.
Ia memfokuskan kepada cadangan pembinaan kawasan penempatan baharu khusus bagi mereka yang mendiami sesebuah kediaman lebih satu daripada keluarga dan kurang berkemampuan.
“Memandangkan kawasan Bintulu ini membangun begitu cepat manakala lokasi penduduk asal dari bintulu ini dah terhimpit, maka saya perjuangkan agenda ini.
“Ini kerana ketika ini ramai dalam kalangan mereka nak buat rumah tiada tanah, nak beli rumah terlalu mahal, rumah memang banyak dibangunkan syarikat swasta itu saya tidak nafikan, namun keluarga asal kita di Bintulu ini bagaimana,” katanya.
Bagaimanapun, perjuangannya tidak mudah, namun atas kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu dan Jabatan Tanah Dan Survey, mereka berjaya menemui satu lot tanah di kawasan Sepadok namun keadaan tanah yang curam tidak sesuai untuk penempatan dibina.
Mereka kemudian menemui lot tanah di kawasan menghubungkan Bintulu ke Tatau berhampiran lapangan terbang milik Sarawak Government on Subsidiary yang ditarik semula Kerajaan Negeri Sarawak.
“Apabila tanah ditarik balik ia menjadi tanah kerajaan (state land) jadi kami membuat permohonan dan terus mara untuk menjayakan agenda ini.
‘’Selepas permohonan kami ajukan dan tinjauan kepada masyakarat kami jalankan untuk melihat mereka (penduduk) yang benar-benar memerlukan, terdapat lebih kurang 6000 orang yang memerlukan penempatan itu kelak,” tambahnya.
Pada masa sama, Rosli berkata setiap permohonan akan diperhalusi sebaiknya bagi memastikan semua penerima itu kelak benar-benar layak.
Pada Selasa, Abang Johari mengarahkan Jabatan Tanah Dan Survey Sarawak menyediakan tujuh ribu lot tanah bagi pembinaan rumah mampu milik yang akan dibangunkan mengikut fasa.
Syafik Shukri Jalil
Thu Nov 25 2021

Jelas Temenggung Rosli Kamarudin, agenda yang mula dirancang pada 2014 kini hampir menemui sinar selepas kelulusan diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Astro AWANI

Lenovo perlihat konsep komputer riba 3D boleh dikawal melalui cincin
Komputer riba ini ditujukan kepada jurutera dan perekabentuk untuk memudahkan pembangunan projek visual.
Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

PRN Sarawak: Cadangan pembangunan penempatan baharu untuk Melayu Vaie hampir berjaya
Kepesatan pembangunan yang berlaku di bandar Bintulu ketika ini menyaksikan beberapa kawasan mengalami kepadatan penduduk yang tinggi.