SEMENYIH: Kos sara hidup menghimpit semua lapisan masyarakat, dari bandar sehingga ke pinggir bandar.
Kadang kala rakyat buntu, tak tahu nak mengadu kepada siapa, dan paling tidak mereka pendam sendiri.
Ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Ini gambaran sesuai dek kegelisahan memikirkan bebanan kos sara hidup.
Bagi peniaga sayur di Pasar Sementera Semenyih, Hayati Jasmani, 61, kesukaran hidupnya memaksa dia terus berniaga bagi menyara kehidupan sekeluarga.
"Susah juga kita nak jual sebab barang mahal. Kadang kala kita beli ribuan (modal), tetapi pulangan kurang.
"Mak cik kalau tak berniaga ini, langsung tak boleh makan; kalau tak berniaga, makan pun kena berkira-kira. Ini saja harapan mak cik (untuk dapat pendapatan).
"Kadang-kadang pelanggan bukan nak beli di pasar sebab sekarang banyak pasar raya, baik mereka pergi sana.
"Di sini (Pasar Sementara Semenyih), kurang datang pelanggan, dan itu mak cik hadapi hari-hari," kongsinya kepada Astro AWANI, di sini.
Ujar wanita itu lagi, kalangan pemimpin hanya petah berbicara isu negara, tetapi masalah setempat seperti isu jalan raya dan banjir tidak pula 'diselesaikan'.
"Tak payah cakap pasal negara, negara itu (memang perlu diurus). Tolong rakyat, apa masalah rakyat... negara tetap negara.
"Mak cik nak suruh orang (pihak berkaitan) tengok macam mana kehidupan rakyat di sini," tambahnya.
Sementara itu segelintir peniaga yang ditemui mendakwa keadaan Pasar Sementara Semenyih yang sempit memberi kekangan untuk berniaga, selain menjejaskan kehadiran pelanggan.
Menurut Shaifful Bahari Redzwan, 39, tapak pasar asal yang dikatakan mahu diubah suai sehingga kini didakwa belum melalui kerja-kerja penyelenggaraan.
"Perancangan mereka (pihak berkaitan) kata dua tahun, tetapi sampai sekarang tempat itu tak pecah lagi. Masa kami keluar bulan Mac, sehingga sekarang tak pecah lagi.
"Kita harap dipercepatkan proses pembinaan itu dan kami pun dapat tempat yang selesa," katanya.
Bagi seorang lagi peniaga sayur, Abdul Ghani Maarif Irwan, 28, keadaan di pasar sementara itu juga tidak mempunyai fasiliti yang baik untuk urusan perniagaan.
"Kita kan duduk di pasar sementara, jadi di sini (tiada) kemudahan yang lengkap, seperti pengaliran air tak sesuai di sini.
"Sebab sini asalnya stesen bas dan tiba-tiba diubah jadi pasar," kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan saingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN), Wan Zulaika Anua dan Perikatan Nasional (PN), Nushi Mahfodz.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 09 2023
HAYATI: Di sini (Pasar Sementara Semenyih), kurang datang pelanggan. Susah juga kita nak jual sebab barang mahal. Kadang kala kita beli ribuan (modal), tetapi pulangan kurang. -Foto/AWANI
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden AS.
#AWANIRingkas 20 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 20 Januari 2025
1️⃣ Isteri, keluarga mangsa tuntut keadilan
2️⃣ JPA bakal laksana sistem 'rotation' pegawai di kaunter pelanggan
3️⃣ Malaysia, EU sambung semula rundingan
#awaniringkas
1️⃣ Isteri, keluarga mangsa tuntut keadilan
2️⃣ JPA bakal laksana sistem 'rotation' pegawai di kaunter pelanggan
3️⃣ Malaysia, EU sambung semula rundingan
#awaniringkas
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
InRealty: Kebolehcapaian Kewangan Untuk Hartanah LBS
Dapatkan tips membeli rumah pertama daripada LBS dalam program hartanah bersama Farhan Hakimi.
Trump 2.0: Jangkaan Dunia di WEF 2025
Donald Trump bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat malam ini. Reaksi pertama terhadap kepemimpinan baru ini bakal disaksikan di World Economic Forum 2025 di Davos, Switzerland. Saksikan analisis mendalam bersama Najib Aroff dari Astro AWANI.
ASEAN 2025: Beberapa konsensus pertingkat pelancongan
Syaff Shukri bawakan perkembangan terkini dan rangkuman Forum Pelancongan ASEAN 2025 di Johor Bahru.
Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
JPA bakal laksana sistem 'rotation' pegawai di kaunter pelanggan
Dalam memantapkan kualiti penyampaian sistem perkhidmatan awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal melaksanakan pusingan kerja ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan.
Sekurang-kurangnya 28 maut dalam serangan udara junta
Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan 25 yang lain cedera dalam serangan udara yang didakwa dilakukan oleh junta Myanmar ke atas penduduk di Rakhine.
PRN: Sempit dan kurang pelanggan, peniaga mohon Pasar Sementera Semenyih ditambah baik
DUN Semenyih menyaksikan saingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN), Wan Zulaika Anua dan Perikatan Nasional (PN), Nushi Mahfodz.