SHAH ALAM: Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 ditawarkan jika Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Menurut Menteri Besar Selangor, yang juga Pengerusi PH Negeri, Datuk Seri Amirudin Shari, subsidi berkenaan akan diberikan kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama untuk menyempurnakan ibadah tersebut.
"Ia terkandung dalam 'Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun' di bawah kerangka agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor.
"Selain itu, turut ditawarkan dana guaman syariah yang ditingkatkan bagi membantu golongan wanita yang memerlukan dengan dana tambahan RM3 juta.
"Tawaran 'Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun' meliputi ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi; agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor; serta perkhidmatan kerajaan yang cekap dan efisien," katanya ketika melancarkan 'Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun' di Dewan Raja Muda Musa, di sini pada Isnin malam.
Selain itu jelasnya, ia termasuk pembangunan mampan, selesa, dan berdaya huni serta Selangor negeri penyayang yang membela kepentingan rakyat.
Ia meliputi 53 tawaran secara keseluruhan.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 31 2023

Amirudin berkata, subsidi berkenaan akan diberikan kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama untuk menyempurnakan perjalanan mengerjakan ibadah tersebut. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

PRN: Subsidi tambang, kos haji RM2,000 untuk rakyat Selangor - Amirudin
Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 ditawarkan jika PH dan BN dapat membentuk kerajaan negeri dalam PRN pada 12 Ogos depan.