BERTAM: Usaha untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) antara fokus utama bagi calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Khaliq Mehtab di Bertam.
Meskipun Bertam merupakan kawasan bandar, beliau yang juga penyandang kerusi itu berkata, terdapat beberapa kawasan yang mempunyai banyak pengusaha PMKS.
“Saya mahu naikkan taraf usahawan-usahawan PMKS di Bertam kerana masih ramai yang perlukan bantuan dan insya-Allah kalau diberikan peluang sekali lagi, ini perkara yang akan jadi penelitian," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata, selain itu, pembangunan anak muda juga antara agenda dalam tawaran calon PN Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang berkenaan.
Ujar Khaliq, pembangunan anak muda telah mula digerakkan sejak beliau menyandang jawatan ADUN di kawasan berkenaan.
“Kita perlu beri penekanan untuk anak muda dalam pelbagai aspek bentuk antaranya dari aspek kebajikan, kehidupan sosial termasuk juga peluang pekerjaan.
“Kita tidak hanya tumpu kepada isu setempat, aspek kebajikan secara menyeluruh buat masyarakat di Bertam ini juga perlu dilihat secara menyeluruh,” katanya lagi.
Ditanya mengenai pertembungan satu lawan satu melibatkan pesaingnya yang mewakili BN, beliau sedar sedang berhadapan dengan figura yang besar namun beliau tidak menganggap itu satu kekangan yang besar.
Sebaliknya, pertemuan dengan Datuk Seri Reezal Merican itu disifatkan sebagai satu cabaran yang amat positif serta motivasi buat dirinya sendiri.
Meskipun baru berkhidmat selama sepenggal di Bertam, beliau yakin pengundi mampu menilai apa yang telah beliau usahakan selama ini.
“Sebagai penyandang memang ada kelebihan kerana orang di sini (Bertam) pun dah kenal saya dan bukan satu nama yang asing bagi mereka dan saya telah kenal pasti isu-isu setempat jadi bukanlah muka baharu,” jelasnya lagi.
Beliau sebelum ini menang di kerusi berkenaan pada PRU14 lalu atas tiket PKR sebelum membuat keputusan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini bernaung di bawah PN.
Hilmi Malik
Tue Aug 08 2023
Khaliq Mehtab yakin mampu mengekalkan momentum perkhidmatannya. - Gambar/ Astro AWANI
The Economy: ASEAN Rising: Global uncertainty fuels regional growth
As global geopolitics shift, Southeast Asia stands at a pivotal moment. Join Danial Rahman, CEO of ASLI, as he explores how uncertainty on the world stage is becoming a catalyst for ASEAN’s economic resilience and growth.
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat setakat 7 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu
Polis Selangor sedang menyiasat kes penipuan melibatkan tawaran bantuan bagi menurunkan seksyen hukuman di mahkamah yang menyebabkan kerugian sebanyak RM95,180.
Pemimpin harus 'walk the talk', bukan sekadar tabur janji
Duta Perpaduan Kerajaan, Ikon Bahasa Melayu Negara, Lim San Shien berkata, antara pemimpin yang boleh dijadikan sebagai teladan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemerkasaan dari akar umbi organisasi, naik taraf masyarakat
Organisasi rakyat dan perniagaan pro-sosial boleh memacu proses ini, dengan cara menyerahkan proses membuat keputusan kepada orang bawahan, sekali gus memperkasakan mereka dan memupuk inovasi.
Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung sekumpulan lelaki yang cedera selepas dilanggar dua buah kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah kelab di Brickfields, ibu negara, pada Rabu.
Insitiaf perpaduan negara masih boleh diperbaiki
Duta Perpaduan Kerajaan, Ikon Bahasa Melayu Negara, Lim San Shien berpandangan bahawa inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan perpaduan masih boleh diperhalusi.
Jumlah mangsa di tiga negeri menujukkan peningkatan
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan kepada 4,486 mangsa setakat 7 pagi Khamis, melibatkan tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Selangor.
Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.