JOHOR BAHRU: UMNO Johor akan menggerakkan jenteranya ke Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu bukan sahaja bagi membalas bantuan UMNO negeri lain yang membantu UMNO Johor ketika PRN pada Mac tahun lepas, sebaliknya sebagai perjuangan bersama bagi mengangkat kejayaan parti pada pilihan raya itu.
"Kita sudah berbincang mengenai peranan yang ditugaskan dan dipertanggungjawabkan kepada setiap bahagian untuk PRN di enam negeri. UMNO Johor terlibat di 11 bahagian Parlimen di Selangor yang dalamnya ada beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN), juga dihantar ke enam kawasan di Negeri Sembilan dan tiga kawasan di Terengganu.
"Ia bukan sahaja kerana PRN Johor tempoh hari, negeri lain datang membantu, tetapi kita juga rasakan bahawa ini adalah satu perjuangan bersama yang kita angkat untuk jayakan parti kita dalam PRN yang akan berlangsung," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata semua jentera UMNO Johor yang digerakkan ke negeri berdepan PRN itu turut akan membantu rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
Berhubung pembahagian kerusi pada PRN kepada Barisan Nasional (BN), Naib Presiden UMNO itu berkata perkara tersebut adalah berasaskan formula yang dipersetujui semua kepimpinan parti dan segala perinciannya akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon.
Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata BN dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi DUN di enam negeri yang akan mengadakan PRN, manakala selebihnya akan ditandingi oleh Pakatan Harapan.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata parti yang berasaskan kaum seperti UMNO tidak patut ditolak memandangkan dalam kerajaan, ia lebih kepada kerjasama semua kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Mohamed Khaled (kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor di Bangunan Perhubungan Negeri hari ini. - Foto BERNAMA
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

UMNO Johor adakan Konvensyen Orang Melayu Jun ini
UMNO Johor akan mengadakan Konvensyen Orang Melayu pada Jun ini, dalam usaha mendapatkan pandangan dan hala tuju suara akar umbi kaum Melayu.

UMNO Johor adakan konvensyen selepas PRN bincang isu pembangunan
Konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Negeri di enam negeri selesai.

PRN: UMNO Johor bantu kempen di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
UMNO Johor akan menggerakkan jenteranya ke Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.

PRN: UMNO Johor hantar jentera berpengalaman bantu kempen di Negeri Sembilan
UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti.

UMNO Johor sokong kepimpinan MB, tubuh sekretariat dengan kerajaan negeri
Barisan kepimpinan UMNO Johor yang baharu hari ini menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Pemilihan UMNO: Mohamed Khaled kekal Ketua Bahagian Pasir Gudang
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang tanpa bertanding dan terus menerajui Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang selepas pencalonan ditutup Ahad.

Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.

Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.

PAU2022: 'Tiada perbincangan usul dua jawatan tertinggi dipertandingkan' - Nur Jazlan
UMNO Johor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan berhubung jawatan tertinggi dalam parti wajar dipertandingkan sebagaimana usul dibawa perwakilan negeri ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022.