KUALA LUMPUR: Produk-produk inovasi yang dihasilkan dalam pertandingan Challenge on Innovation and Problem Solving Through Technology Advancement (CHIPTA) akan diketengahkan dan diguna pakai untuk kebaikan semua pihak.
Menurut Pengarah Bahagian Kerajaan Digital Dr Farizah Abu Bakar, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk membuat padanan perkhidmatan dan fungsi bisnes bagi memastikan produk inovasi tersebut dapat direalisasikan.
“MAMPU juga berharap agensi-agensi tersebut dapat memberikan peluang untuk peserta berkolaborasi dan bekerjasama bagi memastikan inovasi yang dihasilkan ini dapat diketengahkan serta diguna pakai untuk kebaikan semua pihak,” katanya.
Program CHIPTA 2021 dengan tema "Catalyzing Innovation for New Norm & Better Future" merupakan pertandingan mencipta aplikasi mudah alih serta menggunakan asas data terbuka anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Tambah Dr Fazidah lagi, antara lain matlamat dan hala tuju pelaksanaan program CHIPTA 2021 adalah untuk menggalakkan inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui pendekatan Quadruple Helix iaitu di antara Kerajaan, industri, para akademia dan rakyat.
Pertandingan CHIPTA 2021 terbahagi kepada empat kategori iaitu Sektor Awam, Orang Awam/ Industri, Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Pelajar Sekolah Menengah dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM66,000.00.
Kumpulan Pharmacoders dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara yang telah menjuarai kategori Sektor Awam dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00.
Bagi kategori Pelajar Institusi Pengajian Tinggi pula, kumpulan VarsityQuadro daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mencipta aplikasi Sharity telah memenangi wang tunai sebanyak RM10,000.00.
Bagi kategori Orang Awam/ Industri dimenangi oleh kumpulan Appkan Team dengan kejayaan mencipta aplikasi SiBIS (Sistem Bersepadu Ibu Bapa & Sekolah) dan telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.00.
Bagi kategori Pelajar Sekolah Menengah, kumpulan AIA United daripada Kolej Vokasional Sepang dengan idea inovasi aplikasi Rakan Cop telah menjadi juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.
Astro Awani
Sat Nov 27 2021

Peserta perlu memfokuskan produk inovasi mereka kepada empat bidang utama iaitu Malaysia Cakna, Malaysia Sihat, Malaysia Sejahtera dan Malaysia Pintar.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Produk CHIPTA 2021 akan diketengahkan untuk manfaat masyarakat
MAMPU akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk membuat padanan perkhidmatan dan fungsi bisnes bagi memastikan produk inovasi tersebut dapat direalisasikan.