Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berunding dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi menempatkan produk buatan tempatan di terminal lapangan terbang seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia satu inisiatif menyokong usahawan tempatan sekaligus mempromosikan produk buatan Malaysia.
"MAHB mempunyai 39 lapangan terbang seluruh negara... jadi yang naik kapal terbang, menghantar dan menyambut (penumpang) dalam setahun kira-kira 100 juta orang yang menggunakan lapangan terbang.
"Jadi kementerian sedang berunding untuk menempatkan produk buatan Malaysia di terminal lapangan terbang di seluruh negara," katanya ketika berucap dalam Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan di Plaza Angsana di sini, pada Sabtu.
Karnival berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mengenai KBBM beliau berkata, pihaknya juga dalam masa sama telah mengadakan perbincangan dan libat urus bersama para pemain industri peruncitan dan pasaran.
Pelbagai bentuk kerjasama telah ditetapkan antaranya penyenaraian tetap produk tempatan di pasar raya besar dan pasar raya dengan kadar penyenaraian bayaran yang minimum, promosi KBBM di 'outlet' masing-masing dan pelbagai kaedah lain.
"Setakat ini, penerimaan mereka adalah baik dan mereka menyatakan kesediaan untuk membantu usaha kementerian ini di premis perniagaan masing-masing.
"Dengan inisiatif seperti ini diharapkan lebih banyak produk tempatan akan menembusi pasaran peruncitan di negara ini," katanya.
Terdahulu, mengenai karnival KBBM di Johor yang disertai 180 pempamer, Saifuddin berkata penganjuran itu dapat mengukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan pengguna di negara ini khususnya Johor dan negara jiran seperti Singapura membeli barangan buatan Malaysia.
"Ia juga sebagai platform jualan barangan Malaysia secara besar besaran sebagai pilihan kepada masyarakat untuk berbelanja pada harga yang berpatutan dan lebih rendah di pasaran.
"Kita juga dapat membantu pengeluar untuk memasar dan mempromosikan produk buatan Malaysia serta perkhidmatan mereka, sekaligus merancakkan kegiatan ekonomi domestik dan menggalakkan pembangunan industri tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 02 2019

SAIFUDDIN: Kementerian sedang berunding untuk menempatkan produk buatan Malaysia di terminal lapangan terbang di seluruh negara.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Barangan buatan Malaysia tembusi pasaran global, jana ekonomi negara - Fuziah
Menjadi hasrat kerajaan untuk melihat lebih banyak barangan buatan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.

Produk tempatan akan ditempatkan di lapangan terbang seluruh negara
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia satu inisiatif menyokong usahawan tempatan sekaligus mempromosikan produk buatan Malaysia.

Rakyat China pilih produk dari Malaysia, susulan skandal makanan tercemar negara itu
Produk makanan dan minuman 'Buatan Malaysia' adalah antara yang berkualiti tinggi dan dipercayai oleh rakyat China.