Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan seorang pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Persekutuan.
Imam Besarnya, Ehsan Mohd Hosni berkata program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar para jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah.
"Sudah sampai masanya inisiatif itu dilaksanakan berikutan berlaku kejadian seperti kecurian pada waktu puncak seperti solat Jumaat dan solat Tarawih pada bulan Ramadan," katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel Jumaat malam tadi.
Kelmarin Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, program itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan anggota jawatankuasa masjid bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.
Beliau berkata Ini bagi mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, pecah kenderaan, curi tabung masjid dan curi kasut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2019
Program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar para jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah. - Gambar fail/BERNAMA
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni – Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa petugas kaunter kerajaan perlu mengamalkan sikap mesra, responsif, dan berintegriti ketika berurusan dengan masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
AWANI Ringkas: COVID-19 berpunca daripada insiden makmal?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja maut selepas dicampak bapa ke dalam laut
Mangsa mengalami kecederaan serius pada muka dan kepala akibat terkena kipas bot dan meninggal dunia di Hospital Kuraburi Chaipat.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong dan PM luang masa bersarapan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi sarapan pagi di sebuah restoran di Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Salur sumbangan Palestin kepada NGO yang dipercayai - Imam Masjid Negara
Rakyat negara ini perlu memastikan sumbangan kepada Palestin disalurkan melalui tabung yang ditubuhkan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai.
Program 1 Masjid 1 Pegawai Polis buat jemaah tenteram, rasa selamat
Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan seorang pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif.