KUALA LUMPUR: Program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) yang dilaksana di bawah Program Pemerkasaan Komuniti bertujuan untuk meningkatkan usaha komuniti dalam menangani ancaman penularan COVID-19.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini termasuk meningkatkan peranan mereka yang turut dilihat sebagai pejuang barisan hadapan dalam usaha memutuskan rantaian virus itu dalam negara.
Di bawah pelaksanaan program ini, katanya, kerajaan menyasarkan penglibatan rakyat dari pelbagai peringkat terutamanya di peringkat jawatankuasa komuniti.
"Pertama, dengan mengaktifkan jawatankuasa di peringkat komuniti. Pelbagai isu dan cabaran semasa menghadapi COVID-19 yang dihadapi oleh komuniti memerlukan pendekatan kolektif yang inovatif dan kreatif.
"Oleh itu, pemerkasaan komuniti secara komprehensif amat penting sebagai salah satu usaha memerangi pandemik COVID-19.
"Kepimpinan komuniti yang merupakan tulang belakang dalam sesebuah komuniti contohnya penghulu, ketua kampung, ketua-ketua agama, ketua rumah panjang, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Orang Asli (JPKKOA) dan lain-lain pemimpin masyarakat perlu digerakkan bagi bersama-sama menjayakan usaha ini," katanya dalam satu perutusan pada Isnin.
Ujarnya, selain di peringkat jawatankuasa komuniti, program ABC-19 juga akan digerakkan oleh agensi kerajaan, kepimpinan komuniti dan sukarelawan NGO di seluruh negara melalui pendekatan Whole-of-Society.
"Sehingga 23 Mac 2021, seramai 29,407 orang anggota agensi dan kepimpinan komuniti yang telah menyantuni lebih 1.325 juta rakyat Malaysia melalui pelbagai program di lebih 22,166 hotspot atau kawasan tumpuan.
"Selanjutnya, keanggotaan ABC-19 ini bertambah dengan penglibatan sukarelawan NGO. Mereka akan membuat hebahan mengenai maklumat COVID-19 dan membantu pendaftaran program imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Hebahan khidmat awam akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Jabatan Penerangan (JaPen), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi-agensi lain dalam memastikan setiap maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menyeluruh," jelasnya.
Untuk menjayakan pendekatan-pendekatan ini, ujar Muhyiddin, kerajaan telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negera (NADMA) melalui sekretariat Pengurusan Bencana di peringkat Negeri dan Daerah (JPBN/JPBD) untuk menyelaraskan serta memantau pelaksanaan ABC-19 di lapangan di seluruh negara.
Nickyson Nyambar
Mon Mar 29 2021
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini termasuk meningkatkan peranan mereka yang turut dilihat sebagai pejuang barisan hadapan dalam usaha memutuskan rantaian virus itu dalam negara. - Gambar fail
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Program ABC-19 sasar penglibatan komuniti peringkat akar umbi, banteras COVID-19 - PM
Program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) yang dilaksana dibawah Program Pemerkasaan Komuniti bertujuan untuk meningkatkan usaha komuniti dalam menangani ancaman penularan COVID-19.