Kementerian Pelajaran akan melaksanakan penilaian pertengahan tahun terhadap program dan aktiviti yang telah dan sedang dirancang di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Menterinya, Maszlee Malik berkata sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini di samping memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Pada masa yang sama, kata ahli Parlimen Simpang Renggam itu, sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini di samping memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
“Ini adalah selari dengan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mencapai stataus negara maju dengan memantapkan sistem pendidikan negara,” katanya ketika berucap di hadapan Warga Kementerian Pendidikan, sempena Majlis Suai Kenal, di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini hari ini.
Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang itu berkata, pelan itu merupakan satu dokumen asas yang memfokuskan keberhasilan bagi pihak berkepentingan dalam sistem pendidikan serta ekosistem pendidikan yang tinggi.
Katanya lagi, dokumen itu seiring dengan tanggungjawab Sektor Penddidikan Tinggi terhadap hala tuju dan masa depan graduan yang lengkap dalam pencapaian akademik di samping sahsiah diri yang tinggi.
Dr Maszlee berkata, seperti yang digariskan melalui manifesto Buku Harapan, bidang pendidikan merupakan teras terpenting bagi membina Malaysia yang inklusif, sederhana dan gemilang di persada dunia.
Firdaus Azil
Thu May 31 2018
Bidang pendidikan merupakan teras terpenting bagi membina Malaysia yang inklusif, sederhana dan gemilang di persada dunia. - Gambar fail
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Program di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi akan dinilai semula - Maszlee
Sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini di samping memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda.
"Nak menang, jangan bergaduh sama sendiri" - Tun M
Dr Mahathir mengingatkan agar sokongan padu perlu diberikan kepada calon yang ditentukan oleh PH
100 hari pertama tadbir negara, PH tawar caruman KWSP untuk suri rumah
Caruman KWSP untuk suri rumah ini merupakan satu dari 10 tawaran PH yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.