Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) mungkin berpeluang memantapkan diri sebelum memasuki alam pekerjaan dengan menyertai aktiviti sukarelawan sekiranya program 'Gap Year' dapat dilaksanakan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata dalam tempoh 'berehat' yang dijangka selama setahun itu, pelajar boleh menjadi sukarelawan di dalam mahupun luar negara.
Katanya program tersebut dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat serta melibatkan penuntut tahun dua atau tiga dan semua penuntut boleh memohon tanpa mengira jurusan yang diambil.
"Dengan membantu masyarakat seperti berkhidmat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang kurang upaya (OKU) dan menjadi tutor di pusat pelarian...ia mungkin akan mematangkan mereka selepas tamat belajar nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Komuniti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Warisan Seni dan Rasa, di sini hari ini.
Menurutnya, penuntut yang terlibat dalam program itu juga akan digalakkan menyertai kerja sukarela bersama polis, imigresen dan kastam.
"Penyertaan penuntut IPT dalam aktiviti kesukarelawanan ini tidak akan menjejaskan prestasi akademik mereka kerana bidang yang diceburi itu nanti akan menambahkan lagi pengetahuan bekerja seperti penuntut dari Fakulti Pentadbiran Awam atau Undang-Undang,"katanya.
Sebelum ini, Idris telah memaklumkan pihaknya sedang mengkaji memberi kelonggaran kepada pelajar universiti untuk menangguhkan sementara pengajian mereka melalui konsep 'Gap Year' yang boleh diisi dengan aktiviti positif lain.
Tempoh penangguhan tersebut boleh digunakan pelajar untuk melengkapkan diri dalam bidang keusahawanan dan kesukarelawanan. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016

IDRIS: Penyertaan penuntut IPT dalam aktiviti kesukarelawanan ini tidak akan menjejaskan prestasi akademik mereka kerana bidang yang diceburi itu nanti akan menambahkan lagi pengetahuan bekerja. - Gambar fail

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Program 'Gap Year' buka ruang penuntut universiti sertai program kebajikan
Dalam tempoh 'berehat' yang dijangka selama setahun itu, pelajar boleh menjadi sukarelawan di dalam mahupun luar negara.