PUTRAJAYA: Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.
Ini kerana tidak semua 532 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah menerima bekalan vaksin COVID-19 kerana jumlah dos vaksin yang telah diterima daripada pembekal masih lagi terhad, katanya.
"Jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa mengikut jadual penghantaran seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Segala persiapan di seluruh negara sedang dijalankan dengan rapi dan kami percaya bahawa apabila dimulakan di negeri masing-masing, kami menjangkakan ia akan berlangsung dengan lancar dan selamat," katanya dalam sidang media selepas pelancaran PICK oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.
Muhyiddin hari ini menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, yang menandakan PICK bermula secara rasminya hari ini. Turut menjalani proses vaksinasi hari ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan.
Menurut Khairy, Selangor akan memulakan PICK esok; diikuti Pahang, Sarawak dan Terengganu pada 26 Feb; Labuan (27 Feb); Kedah (28 Feb); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Perak dan Perlis (1 Mac); Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan (2 Mac) dan Sabah (4 Mac).
Empat vaksin lain iaitu Sinovac, CanSinoBIO, AstraZeneca dan Sputnik V masih dalam penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021

Khairy berkata tidak semua 532 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah menerima bekalan vaksin COVID-19. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

KKM nafi keluar surat kebenaran pengedaran vaksin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk 'Mestron edar vaksin COVID-19 dari China' bertarikh 29 Jan lepas.

67 peratus rakyat Malaysia setuju untuk terima vaksin COVID-19
Daripada 67 peratus yang bersetuju, 95.7 peratus berasa vaksin tersebut selamat untuk digunakan, malah yakin ia mampu mencegah jangkitan.