Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia bagi memastikan fasa pengawasan selepas pemberian suntikan vaksin dapat dilaksanakan dengan baik.
“Selain itu, berkenaan picagari low dead-volume perlu digunakan untuk mengelakkan pembaziran. Kita juga akan berunding dengan Pfizer supaya negara kita menjadi pengeluar untuk diatur atau diagihkan ke peringkat antarabangsa.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
“Ketiga, Insya-Allah (kita akan mengkaji) teknologi penghantaran kerana ia sangat penting memandangkan vaksin Pfizer memerlukan suhu -70 darjah Celsius,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
Yang turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
BACA: Program Imunisasi COVID-19 diawalkan, Perdana Menteri terima suntikan pada 24 Februari
BACA: 271,802 petugas barisan hadapan berdaftar terima suntikan vaksin fasa pertama - Khairy
INTERAKTIF: Bilakah anda akan menerima vaksin COVID-19? Ketahui di sini
