JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas terbuka hati untuk mengaplikasikan penggunaan dron dalam perancangan ladang kelapa sawit dan kebun sayur yang ingin diusahakannya, selepas teruja mendengar kelebihan fungsi peralatan itu pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di sini.
Sebelum itu, pengetahuan Muhammad Suradi, 62, dari Taman Puteri Indah, Batu Pahat terhadap dron agak terbatas kerana sekadar mengetahui fungsinya untuk membantu pihak berkuasa merakam imej secara menyeluruh melalui ruang udara.
Malah, bapa kepada empat anak itu mengakui tidak pernah melihat secara lebih dekat jenis dron yang diguna pakai dan dijual di pasaran ketika ini.
"Saya cuma tahu sikit-sikit, tidak berapa jelas tentang kegunaannya.
"Sekarang baru saya faham bahawa fungsi dron meluas, tidak hanya memudahkan operasi penyelamatan pasukan keselamatan, tetapi juga boleh diguna untuk menganalisis keadaan tanah pertanian yang bermasalah.
"Bersesuaian dengan perancangan masa depan, saya mungkin akan menggunakannya bagi memetakan kawasan kebun sayur dan ladang sawit yang ingin diusahakan agar dapat mengeluarkan hasil tanaman pada tahap maksimum," katanya ketika ditemui di tapak AKM di Dataran Angsana, Johor Bahru Mall pada Jumaat.
Bagi Ibnoe Adha Elnaviri Nursal Alland, 27, pendedahan dron pada siri jelajah terbabit membantunya membuat keputusan untuk membeli peralatan bersesuaian dengan kemampuan kewangannya.
"Tidak hanya menyentuh fungsi dron, penceramah juga menerangkan tentang jenis-jenis dron yang terdapat dalam Malaysia dan kaedah penggunaannya sekali gus menjadikannya pengalaman bermakna kepada saya yang boleh dianggap orang yang baru mula belajar.
"Saya harap taklimat dan ceramah seperti ini terus diadakan lebih kerap kepada masyarakat agar lebih ramai tahu fungsi sebenar dron," katanya yang merupakan pegawai perkhidmatan pekerjaan.
Sementara itu, penceramah program yang juga pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Chok Khong Yu berkata trend penjualan dron semakin meningkat dan ia menandakan orang ramai sudah mula meneroka potensi peralatan itu dalam pelbagai bidang.
Katanya dron terdiri daripada pelbagai jenis seperti single roto helicopter, multi roto helicopter dan fixed wing hybrid vertical take-off and landing (VTOL), mempunyai resolusi kamera berbeza mengikut harga dan spesifikasi ditetapkan.
Jelajah AKM yang berlangsung hingga esok merupakan kesinambungan kepada kejayaan Program 100 Hari AKM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Disember lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Pendedahan dron pada siri jelajah terbabit membantunya membuat keputusan untuk membeli peralatan bersesuaian dengan kemampuan kewangannya. - Gambar hiasan
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Program jelajah AKM buka hati warga emas guna dron untuk pertanian
Pendedahan dron pada siri jelajah terbabit membantunya membuat keputusan untuk membeli peralatan bersesuaian dengan kemampuan kewangannya.