SHAH ALAM: Program Jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0, anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), akan kembali pada pertengahan Januari depan dengan skala yang lebih besar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Katanya, jumlah barangan jualan akan ditambah pada program JER 2.0 dan sehingga sejuta pembeli dapat menikmati manfaat daripada program tersebut.
"Anggaran RM10 juta ke RM15 juta perlu dibelanjakan oleh kerajaan negeri dalam tempoh tiga bulan program tersebut bagi meneruskan usaha mengurangkan bebanan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Program JER, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata Program JER 2.0 bakal bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) serta turut dibantu Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).
Jelajah ini merupakan antara usaha kerajaan Selangor mendepani masalah kenaikan harga barang khususnya enam jenis barangan keperluan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak yang dijual dengan harga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
Jelajah yang merupakan kesinambungan daripada Program Intervensi Harga Makanan Ehsan itu berlangsung selama tiga bulan bermula 31 Ogos lalu di seluruh sembilan daerah dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap ketika merasmikan Majlis Apresiasi Jelajah Ehsan Rakyat di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor. - Foto BERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.

Program JER 2.0 kembali Januari depan dengan lebih banyak pilihan
Jumlah barangan jualan akan ditambah pada program JER 2.0 dan sehingga sejuta pembeli dapat menikmati manfaat daripada program tersebut.