KUALA KANGSAR: Lebih 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam program Jerlun, Perak Job Carnival 2022 yang dianjurkan bermula hari ini, di Kampung Baharu Jerlun, di sini.
Program yang julung kali dianjurkan itu bertujuan memberi peluang kepada anak jati Perak, khususnya di dalam bidang profesional dan tenaga kerja am.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, karnival berkenaan dianjurkan Zurich Infrastructure Sdn Bhd, syarikat tempatan yang bakal menjayakan satu projek infrastruktur baharu di negeri ini.
Menurutnya, Kampung Baharu Jerlun dipilih sebagai lokasi utama karnival, bersesuaian dengan salah satu laluan lebuh raya baharu yang dicadangkan dibina di Perak.
"Jerlun merupakan satu daripada cadangan untuk kawasan rehat dan rawat (RnR), atau interchange kepada West Ipoh Span Expressway (WISE) dari Gopeng ke Kuala Kangsar, yang dimulakan di sini.
"Karnival ini dianjurkan Zurich Infrastructure, kontraktor utama kepada lebuh raya WISE," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jerlun, Perak Job Carnival 2022, di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan Zurich Infrastructure Ahmad Sahill Zainal Abidin.
Sementara itu, Ahmad Sahill berkata, pihaknya berhasrat memastikan semua kerja pembinaan projek baharu itu dapat dijayakan seratus peratus oleh tenaga kerja anak tempatan.
"Buat masa sekarang cadangan projek (WISE) masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi agak terlalu awal untuk saya boleh kata bilakah ia akan bermula.
"Tawaran pekerjaan yang kita disediakan secara holisitik, membabitkan tenaga kerja am dan profesional.
"Alhamdulillah sambutan amat baik, ada datang walk-in seawal jam 6.30 pagi," katanya.
Karnival itu berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 21 Jun.
Sesi temuduga secara walk-in bermula jam 7 pagi hingga 4 petang.
Tinjauan di karnival itu mendapati ramai yang datang dari dalam dan luar Perak, di samping sambutan yang cukup menggalakkkan.
Rozaliana Ramli, 46 tahun, dari Ipoh, berkata dia hadir bersama rakan yang juga mahu mencari peluang pekerjaan lebih baik.
"Saya dapat tahu tentang karnival ini sebab ada saudara yang memanjangkan mesej mengenainya melalui Whatsapp sebulan lalu.
"Sambutan hari ini memang meriah, lagi pun karnival seperti ini memudahkan orang ramai," katanya yang ketika ini bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat di Ipoh.
Seorang lagi pencari kerja, V Shativel, 36 tahun, jurutera awam di Kuala Lumpur, berkata dia memilih untuk hadir ke karnival ini memandangkan mahu mencari pekerjaan di Perak.
Katanya, dia sudah bermastautin selama 13 tahun di Kuala Lumpur, namun isteri, anak dan ibu bapanya menetap di Ipoh.
"Kebanyakan yang datang sini boleh dapat pendedahan tentang kerjaya. Saya kerja di Kuala Lumpur tetapi asal dari Ipoh.
"Saya datang dengan ayah ke sini, harapnya boleh dapat peluang kerja baharu sebagai jurutera di sini," katanya.
Karnival itu turut menyaksikan kehadiran nama-nama syarikat gergasi seperti Sime Darby Industrial Sdn Bhd dan syarikat pembinaan antarabangsa Freyssinet.
Aida Aziz
Sat Jun 18 2022
Mohd Zolkafly (berbaju batik) hadir bagi merasmikan program Jerlun, Perak Job Carnival 2022, di sini pada Sabtu.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Hala tuju kerajaan adalah penggunaan bas EV - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa 310 bas diesel ini merupakan batch terakhir sebelum mendapat 250 buah bas EV yang kini sedang dalam proses tender.
#AWANInews
#AWANInews
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
300 van baru akan mula beroperasi pada Mac - Anthony Loke
Tahun ini, Prasarana melalui Rapid Bus akan memperkenalkan sehingga 300 buah van baru di kawasan Lembah Kelang berdekatan stesen-stesen pengangkutan awam bagi menyelesaikan masalah "first mile and last mile", kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Tambah beliau, selepas beberapa bulan beroperasi dengan 20 van, ramai yang suka dengan perkhidmatan ini.
#AWANInews
#AWANInews
Umat Islam diseru terus hulur bantuan kepada rakyat Palestin - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya.
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Malaysia sebagai peneraju tenaga bersih serantau
Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpeluang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih di rantau ini. Perbincangan bersama Pengarah Urusan Gading Kencana, Guntor Tobeng ini akan membedah cabaran, peluang, dan langkah strategik untuk menjadikan Malaysia pemimpin utama dalam sektor tenaga bersih.
AWANI Ringkas: Jenayah | Sungai Kabul Merah Jambu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program Jerlun, Perak Job Carnival 2022 tawar 11,000 peluang kerja
Program yang julung julung kali dianjurkan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada anak jati Perak.