MOSCOW: Seramai 11 pengamal media dari negara-negara ASEAN memulakan program kewartawanan, InteRussia di Moscow, Rusia, semalam.
Dengan tema, "Rusia dan ASEAN, Pencapaian, Dilema dan Cabaran", ia dianjurkan Gorchakov Fund dengan kerjasama agensi berita Sputnik dan Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (MGIMO) dan akan berlangsung hingga 9 Oktober ini.
Menurut Koordinator Program Antarabangsa Gorchakov Fund, Lyana Dymova, antara lain, program sebulan itu membolehkan ASEAN mengenali Rusia dari perspektif tempatan yang lebih seimbang selain menggalakkan kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN.
"Ini dilihat penting, lebih-lebih lagi pada akhirnya, ia memerlukan kandungan berita yang seimbang dan tidak berat sebelah apabila membabitkan perkembangan yang berlaku di Rusia dan negara dunia lain.
"Ini kerana, laporan berita yang ditokok-tambah dan tidak adil berupaya memberi kesan kepada hubungan serta kerjasama Rusia dan negara anggota ASEAN," kata Dymova kepada Astro AWANI.
Program Interussia itu disertai antaranya oleh Astro AWANI, dengan diwakili wartawan yang juga hos Awani PAGI, Hakim Rahman.
Penyertaan Hakim adalah sebahagian daripada persetujuan kolaborasi Astro AWANI dan Sputnik yang dimuktamad sebelum ini.
Sepuluh wakil wartawan ASEAN lain termasuk dari Indonesia Antara News Agency, Radio Voice of Vietnam, Yangon dari Myanmar, Vientiante Times yang berpangkalan di Laos, serta siaran Thai PBS World.
Ia merupakan program di bawah modul SputnikPro, sebuah projek agensi berita Sputnik yang bermatlamat menjadi platform berkesan untuk latihan dan perkongsian pengalaman dengan wartawan, petugas media dan pengurus media dari seluruh dunia.
Dalam ucapan pembukaannya, Pengarah Hubungan Antarabangsa di Sputnik dan Radio, Vasily Pushkov berkata, kehadiran wartawan dari negara ASEAN itu memberi signifikan penting kepada projek SputnikPro selepas dua tahun terhenti akibat pandemik covid-19.
"Walaupun projek diteruskan secara dalam talian sepanjang pandemik berpanjangan, kehadiran kumpulan wartawan ASEAN secara fizikal bermula 12 September 2022 dilihat memperbaharui cara komunikasi antara agensi berita itu bersama para wartawan,'' ujar beliau.
Sementara itu, Pushkov turut memaklumkan agensi berita Sputnik bakal membuka bilik berita di beberapa negara Asia Tenggara antaranya di Jakarta, Hanoi, Yangon dan Bangkok.
Katanya, ia sebagai usaha merapatkan jurang maklumat mengenai Rusia yang sering dimonopoli media Barat terutama selepas operasi ketenteraan di Ukraine.
Sebelum ini, pada akhir bulan lalu, kolaborasi Astro AWANI bersama agensi berita Sputnik diperkukuh dengan kunjungan Editor dan Penerbit Awani PAGI, Dr Azlinariah Abdullah ke ibu pejabat Sputniknews.com di Moscow melalui misi beliau ke ibu negara Rusia itu dan Volgograd selama 12 hari dengan matlamat cuba memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia.
Bagi kolaborasi kandungan, segmen Ringkas Sputnik memperluaskan lagi perspektif kandungan program berita global yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi di saluran 501 dan laporan portal bahasa Inggeris di astroawani.com
Manakala, selain penyertaan Interussia, Astro Awani juga akan terlibat dengan beberapa program pertukaran dan sesi seminar dirancang oleh pihak Sputnik nanti.
Sputnik, yang dilancarkan pada 10 November 2014 oleh Rossiya Segodnya, berpangkalan di Moscow dan memiliki pejabat wilayah di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, China, Perancis, Jerman, United Kingdom dan Arab Saudi.
Tetapi, apabila berlaku pencerobohan tentera oleh Rusia ke atas Ukraine disusuli dengan pelbagai siri sekatan ekonomi, operasi di Sputniknews.com di beberapa negara dihentikan sementara waktu.
Azlinariah Abdullah
Tue Sep 13 2022
Program pertukaran wartawan InteRussia berlangsung selama sebulan hingga 9 Oktober 2022, dihadiri 11 pengamal media dari negara anggota ASEAN. -Sputniknews.com
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.
Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
“Kalau masuk rumah orang bagi salam bah” - YB Kota Belud
Ahli Parlimen Kota Belud luahkan rasa kecewa apabila kedatangan Pengerusi LKIM ke Kota Belud untuk memberi bantuan dan melawat tapak projek tanpa pengetahuan beliau sebagai wakil rakyat di Kota Belud.
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program kewartawanan InteRussia bantu erat kerjasama Rusia-ASEAN
Program pertukaran wartawan selama sebulan, InteRussia di Moscow bermula 12 September 2022 bermatlamat merapatkan jurang maklumat dimonopoli media Barat khususnya berkaitan konflik di Ukraine.