KUALA LUMPUR: Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan, kata Pengarah Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz Universiti Malaya Datin Seri Prof Suhaiza Hanim Mohamad Zailani.
Beliau berkata dengan peningkatan perhatian terhadap isu-isu kemiskinan dan idea kemiskinan multidimensi, adalah mustahak pihak berkepentingan menerima latihan yang diperlukan untuk menjamin Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) berjaya difahami, diguna pakai dan dilaksanakan dalam membuat keputusan dasar.
"Sebagai salah satu strategi untuk memerangi kemiskinan, program latihan berdasarkan MPI harus dibangunkan untuk memberi individu dan organisasi ilmu pengetahuan, alat serta kapasiti yang diperlukan, bagi memahami dan menangani kerumitan kemiskinan yang melangkaui langkah berasaskan pendapatan semata-mata," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan negara yang disiarkan oleh semua televisyen dalam negara berkata kerajaan serius dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.
Anwar berkata salah satu inisiatif yang dilakukan ialah pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dengan kerjasama kerajaan negeri yang setakat ini menunjukkan kemajuan disifatkannya sebagai amat meyakinkan.
Perdana menteri turut mengulangi bahawa kerajaan sedang menggubal Dasar Gaji Progresif untuk sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan yang dibuat kepada gaji dan elaun kakitangan awam.
Suhaiza Hanim berkata pelan latihan yang baik akan memberikan pihak berkepentingan, alat-alat yang mereka perlukan untuk menganalisis dan mentafsir data, membolehkan mereka menggunakan MPI dengan berkesan dalam intervensi dan penggubalan dasar.
Beliau menambah bahawa latihan mengenai penyebaran maklumat dan pembinaan kapasiti juga mungkin boleh dilaksanakan untuk memaksimumkan impak MPI dalam merealisasikan tindakan yang lebih khusus dan tertumpu dalam menangani aspek unik kemiskinan.
Selain itu Suhaiza berkata interaksi pihak berkepentingan yang meluas dan produktif juga diperlukan untuk memastikan rancangan adalah adaptif dan responsif kepada perubahan permintaan serta halangan inisiatif pengurangan kemiskinan.
Beliau berkata keutamaan dan kepentingan berbeza pelbagai kumpulan berkepentingan perlu dipertimbangkan ke arah itu, selain mewujudkan rasa pemilikan dan akauntabiliti dalam kalangan pemegang kepentingan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Suhaiza berkata interaksi pihak berkepentingan yang meluas dan produktif juga diperlukan untuk memastikan rancangan adalah adaptif dan responsif kepada perubahan permintaan serta halangan inisiatif pengurangan kemiskinan. - Foto umexpert.um.edu.my

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.