KUALA LUMPUR: Berbaki sehari sahaja lagi, Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara yang menyediakan 196 perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan akan membuka tirai esok hingga Ahad ini.
Program yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu ialah platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Penganjuran siri kedua Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan kerajaan Pulau Pinang itu merangkumi tiga negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Pelbagai tarikan menanti pengunjung dengan penganjuran kali ini bakal menumpukan kepada agenda berkaitan kesejahteraan rakyat, perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengangkutan awam bersepadu.
Antara yang menjadi tarikan ialah Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan, penawaran diskaun hingga 50 peratus di kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia dan penukaran topi keledar anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 5,000 unit secara percuma.
Selain itu, program yang menyasarkan 100,000 pengunjung itu turut menawarkan baucar e-dompet bernilai RM20 untuk 1,000 pengunjung terawal di Jualan MADANI serta diskaun hingga 20 peratus bagi pelbagai Jualan Rahmah.
MOT sebagai kementerian peneraju program itu juga akan membuka sebuah pavilion khas yang menempatkan 15 agensi di bawahnya di samping kementerian serta pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat.
Bagi memudahkan perjalanan orang ramai, MOT turut menyediakan perkhidmatan bas perantara bermula 10 pagi hingga 10 malam dan perkhidmatan feri percuma dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda di George Town, sepanjang tiga hari Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara berlangsung.
Turut disediakan perkhidmatan KTM Komuter Utara secara percuma selama dua hari pada 4 dan 5 Mei iaitu hari kedua dan terakhir program, melibatkan perjalanan dari Padang Besar dan Ipoh ke Butterworth.
Lebih menarik, hari penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara pada 5 Mei ini diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program MADANI Rakyat 2024 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.
Program itu merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian dan agensi di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Program MADANI Rakyat 2024 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas. - Gambar malaysiamadani.gov.my

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Program MADANI Rakyat Zon Timur bermula 5 hingga 7 Julai
Ia dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan Pahang.

Program Madani Rakyat Zon Utara: Lebih 3,700 resume diterima pada Karnival Kerjaya
Karnival Kerjaya sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara menerima sambutan menggalakkan sepanjang tiga hari ia berlangsung sejak Jumaat.

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bermula esok, 196 perkhidmatan disediakan
Platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan.