LENGGONG: Kerajaan kini memanfaatkan sepenuhnya Program Malaysia Prihatin untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya COVID-19 serta pentingnya pengambilan vaksin bagi mencegah jangkitan itu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Katanya setakat ini jumlah mereka yang mendaftar untuk pengambilan vaksin COVID-19 terlalu rendah.
"Dalam program Malaysia Prihatin ini kita berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan bergerak bersama untuk menghentikan wabak COVID-19," katanya dalam ucapan pada Program Malaysia Prihatin, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan jumlah mereka yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera semakin memperlahan dengan ketara.
Terdahulu hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diterima setakat ini hanya 7,625,478 orang atau 31.4 peratus daripada jumlah penduduk negara, dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,085,983 pendaftaran.
Dalam ucapannya itu, Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong, mengulangi bahawa vaksin yang diberikan untuk meningkatkan imunisasi penerima adalah halal dan selamat.
"Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam sudah memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan ditetapkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyampaikan ucapan pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Serbaguna, Taman Kota Tampan, hari ini. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Program Malaysia Prihatin platform kempen kesedaran bahaya COVID-19, kepentingan vaksin
Kerajaan kini memanfaatkan sepenuhnya Program Malaysia Prihatin untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya COVID-19 serta pentingnya pengambilan vaksin bagi mencegah jangkitan itu.

Kadar pengangguran dijangka terus pulih - Mustapa
Kadar pengangguran pada Januari 2021 ialah 4.9 peratus iaitu lebih rendah berbanding 5.3 peratus yang dicatatkan pada Mei 2020.

Skim 'Rent-to-Own' PR1MA dijangka dilancar Jun ini - Zuraida
Kementerian kini sedang berbincang dengan institusi perbankan untuk memperhalusi kaedah serta mekanisme skim itu.