IPOH: Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 mungkin akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa hadapan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata beliau akan meneliti perkara itu malah RTM mungkin boleh merakam ucapan ataupun persembahan oleh peserta program itu untuk ditayangkan.
"Ini saya harap kita dapat jadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain dan juga untuk seluruh negara. Itu harapan saya, saya akan bincang dengan Menteri Pendidikan untuk lihat apa yang boleh kita lakukan di peringkat negeri dan akhirnya kejohanan di peringkat kebangsaan.
"Tetapi saya lihat niat dan hasrat itu untuk merapatkan rakyat dan raja, itu adalah hasrat yang saya harap kita dapat terjemahkan di peringkat nasional," katanya ketika ditemui selepas program tersebut di sini, malam tadi.
Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke program tersebut di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Fahmi berkata program seumpama itu tidak harus dihadkan kepada peringkat sekolah sahaja tetapi perlu dilibatkan persatuan penduduk serta Rukun Tetangga, namun sebagai permulaan beliau melihat pelaksanaan program itu di peringkat sekolah adalah tindakan yang tepat.
"Sebab dari awal apabila Tan Sri Annuar Zaini menyebutkan tadi pada 2017 lebih kurang 15,000 peserta, dalam tempoh enam tahun meningkat menjadi setengah juta itu adalah satu pencapaian yang cukup menakjubkan.
"Saya ingin tahu resipi, strategi yang beliau laksanakan tetapi sekiranya dapat kita laksanakan di seluruh negara, saya lihat kita dapat pupuk nilai-nilai yang begitu baik, begitu murni dalam kalangan generasi akan datang. Itu pada saya adalah perkara yang sangat penting yang perlu kita lakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya program seumpama itu yang meraih penyertaan setengah juta peserta dalam tempoh enam tahun dapat direalisasikan di seluruh negara pada masa hadapan.
Terdahulu dalam sembah ucapan Annuar selaku Pengerusi Jawatankuasa Program berkata penyertaan bagi program tersebut pada tahun ini adalah di luar dugaan iaitu menerima lebih setengah juta peserta berbanding kira-kira 15,000 pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Fahmi menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.