KUALA LUMPUR: Program naturalisasi sememangnya gagal.
Walaupun pahit untuk ditelan, demikianlah pandangan jujur bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh terhadap impak barisan pemain naturalisasi yang 'dicanang' mampu meningkatkan tahap permainan skuad Harimau Malaya.
"Dalam hidup ada kala kita kena mengaku kesilapan, jangan gadai negara semata-mata untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buktikan program naturalisasi ini adalah satu kejayaan. Jika ia tidak berjaya, terima kenyataan itu dan teruskan berusaha," katanya ketika dihubungi Bernama.
Serbegeth yang lebih dikenali sebagai Shebby memberi peringatan bakat-bakat muda sedia ada akan 'rosak' sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang jelas tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada ketika beraksi di atas padang.
Pemerhati bola sepak yang terkenal dengan kritikan pedasnya itu juga ternyata berang dengan kelibat penyerang naturalisasi negara kelahiran Brazil, Guilherme De Paula apabila menampilkan persembahan buruk dalam dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan, baru-baru ini.
"Beliau (De Paula) benar-benar gagal... dia berusia 34 tahun dan bukannya dapat jadi lebih baik atau bertambah muda. Apa yang FAM tunggu lagi? Nak dia skor hatrik lawan Indonesia, Kemboja atau Laos?.
"Saya akan bertanding meskipun tanpa pemain naturalisasi termasuk pemain seperti Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Mohamadou Sumareh (Gambia), kerana kita ada ramai bakat penyerang tempatan," katanya.
Sementara itu, bekas pertahanan Kuala Lumpur itu mencadangkan sudah tiba masanya barisan kejurulatihan diketuai Tan Cheng Hoe untuk merombak formasi 4-3-3 kepada 3-4-3 bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 dijadual berlangsung di Singapura, Disember ini.
Katanya, rombakan formasi berkenaan dipercayai boleh mengukuhkan kubu pertahanan yang sering kali 'bocor' terutamanya menentang pasukan lebih tinggi ranking daripada Malaysia, yang menghuni tangga ke-154 dunia.
Malaysia bolos sembilan kali apabila mengalami kekalahan besar 0-4 kepada Jordan pada 6 Oktober sebelum dibelasah 1-5 oleh Uzbekistan, Sabtu lepas.
Sehubungan itu, beliau berkata barisan kejurulatihan seharusnya menerima hakikat bahawa gandingan dua pemain di bahagian pertahanan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti diharapkan.
"Kita mempunyai masalah besar di bek tengah kerana memang tiada persefahaman dan keserasian di antara kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Muhammad Irfan Zakaria...kita pun pernah lihat Nor Azam Azih serta Shahrul Mohd Saad sebelum ini, jadi saya berharap dapat melihat Dion-Johan Cools beraksi di Singapura nanti," katanya.
Selain Dion, Serbegeth berkata dua lagi pemain Rodney Celvin Akwensivie dan D. Kenny Pallraj berpotensi untuk mengisi kelompongan benteng pertahanan negara.
Katanya, Matthew Davies pula sebagai pertahanan kanan dan La'Vere Lawrence Corbin-Ong untuk posisi pertahanan kiri, dengan kedua-dua pemain boleh bertindak sebagai pemain sayap manakala gandingan Baddrol Bakhtiar dan Muhammad Akhram Mahinan di bahagian tengah Harimau Malaya.
Melengkapkan senarai akhir barisan utama skuad bayangannya adalah kombinasi jentera serangan iaitu Muhammad Safawi Rasid di sebelah kanan dan Mohamad Faisal Abdul Halim di sebelah kiri manakala Luqman Hakim Shamsudin yang bermain untuk kelab Belgium, KV Kortrijk, bertindak sebagai penggempur utama negara.
Beliau juga memuji peranan Baddrol yang beraksi dengan baik pada perlawanan menentang Jordan dan Uzbekistan selain menyifatkan kehadiran pemain Kedah Darul Aman FC itu dalam pasukan amat penting dalam membimbing barisan pemain muda untuk menampilkan aksi terbaik mereka.
Selepas saingan Piala AFF 2020, skuad negara akan kembali menyambung misi memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 pada pusingan ketiga kelayakan kempen itu tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Shebby mencadangkan sudah tiba masanya barisan kejurulatihan diketuai Tan Cheng Hoe untuk merombak formasi 4-3-3 kepada 3-4-3 bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020. - Twitter

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Piala Asia 2023: Kami di sini untuk sesuatu yang luar biasa - Junior Eldstal
Eldstal berkata bahawa pasukan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon, yakin dengan kemampuan mereka sendiri di Doha.

Program naturalisasi sememangnya gagal - Shebby
Bakat-bakat muda sedia ada akan 'rosak' sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada.

Uji calon pemain naturalisasi dalam aksi persahabatan - Sathianathan
Ketua jurulatih dapat melihat lebih jelas kesesuaian dan keberkesanan kehadiran pemain asing dalam corak permainan pasukan kebangsaan.

Bekas jurulatih, CEO pasukan Liga-M anggap program naturalisasi masih relevan
Dollah Salleh berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan sebagai usaha memperkuat skuad Harimau Malaya.

Sumareh sah sertai Police Tero FC di Thailand
Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh sah beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Police Tero FC, dalam musim baharu yang dijadual bermula Sabtu ini.

Sumareh boleh didaftar sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019
Lembaga Pengarah MFL bersetuju untuk membenarkan pemain Pahang, Mohamadou Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019.

Pemain naturalisasi: Tun M beri lampu hijau
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi indikasi positif susulan cadangan mengambil pemain naturalisasi bagi skuad bola sepak kebangsaan.

Guna pemain naturalisasi wakil skuad Harimau Malaya 'tidak bermaruah' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan penggunaan pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya adalah satu perkara yang "tidak bermaruah".