ALOR GAJAH: Biarpun meredah lumpur, menyertai program 'ngoca' atau menimba ikan memberikan pengalaman menarik dan berharga kepada generasi muda pada masa kini, yang tidak terdedah kepada aktiviti itu.
Seorang penduduk Nazaliza Mat Nazri, 37, berkata dia membawa dua anaknya menyertai program ngoca itu membolehkan mereka merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional seperti pada zaman kecilnya dahulu.
"Acara seperti ini bukan selalu diadakan jadi bila ada peluang dan kesempatan kita bawa mereka untuk sertai ngoca ikan supaya mereka dapat lihat dan rasai pengalaman baharu yang kini jarang-jarang diadakan.
"Jika baju kotor itu boleh dicuci tetapi lebih penting mereka rasa seronok dan dapat lakukan riadah bersama rakan-rakan sebaya lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu kira-kira 200 peserta pelbagai lapisan umur menyertai program ngoca itu di sebatang tali air sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sungga, Tebong di sini.
Seorang peserta cilik Ahmad Zawawi Zulkifli, 11, berkata dia berasa seronok dan teruja dapat menimba pengalaman itu kerana dapat menangkap ikan seperti sepat dan sembilang dengan tangan.
Bagi Muhammad Irfan Firdaus Ambia, 9, pula berkata walaupun meredah lumpur tetapi dia sangat gembira dapat menangkap ikan beramai-ramai dengan penduduk kampung di samping bertemu dengan rakan-rakan baharu.
Sementara itu Nur Kholiq Ahmad Tohir, 31, yang memenangi hadiah utama pada program ngoca itu berkata dia yang bekerja sebagai pekerja ladang berhampiran juga sering menangkap ikan di kawasan itu pada waktu lapang sebagai hobi.
Dia yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia, berjaya menangkap ikan sembilang seberat empat kilogram menggunakan tangan selepas setengah jam cuba mencari di celahan tanah dan tali air.
"Dahulu di kampung saya juga selalu lakukan aktiviti menangkap ikan seperti ini, sememangnya rasa gembira kerana dapat turut serta dan penduduk kampung juga mengalu-alukan saya untuk tangkap ikan bersama mereka," katanya.
Sementara itu Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata program ngoca itu dilihat aktiviti riadah yang boleh diketengahkan sebagai program tahunan bagi memastikan acara tradisi turun temurun masyarakat itu tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
"Aktiviti ngoca iaitu aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan di kawasan sungai, tali air atau kolam itu juga dilihat dapat mengeratkan hubungan masyarakat dan mewujudkan komuniti harmoni dan saya juga mengalakkan program ini dapat diadakan pada masa akan datang," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Ngwe Hee Sem menunjukkan ikan sembilang yang berjaya ditangkap ketika program ngoca atau menimba ikan sempena sambutan Hari Raya 2023 anjuran JJPKK Kuala Sungga di Tebong. - Bernama
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Program 'ngoca ikan' beri pengalaman berharga kepada generasi muda
Program ngoca itu membolehkan seseorang merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional seperti pada zaman dahulu.