KOTA KINABALU: Amerika Syarikat (AS) sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris dan inisiatif lain yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.
Beliau berkata kekukuhan ikatan antara kedua-dua negara selama ini menghasilkan banyak program yang berjaya seperti kursus Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) dan inisiatif pertukaran yang lain.
Bagaimanapun, Kagan menekankan kepentingan untuk benar-benar memahami apa yang diperlukan rakyat dan menentukan perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan serta pihak lain bagi memenuhi keperluan ini dengan berkesan.
Ramai yang membangkitkan mengenai (program pengajaran bahasa Inggeris) ini dengan saya tetapi buat masa ini kami belum mempunyai rancangan lagi. Apa yang kita cuba lakukan memikirkan apa yang rakyat mahu dan apa yang boleh kita lakukan. Kami mempunyai program sedia ada dan pelbagai program pertukaran.
"Kami mempunyai program Inggeris, program perdana seperti ETA tetapi dihentikan akibat COVID-19 atas permintaan kerajaan Malaysia. Kami dapati terdapat minat dalam hal itu, jadi kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan.
"Saya fikir kuncinya ialah kita perlu bercakap secara terbuka antara satu sama lain tentang apa yang kita mahu dan apa yang boleh kita lakukan. Apa sahaja yang kita lakukan mestilah perkongsian yang ikhlas," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran American Green Corner di Perpustakaan Negeri di Tanjung Aru malam tadi.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Mohd Arifin berkata Sabah memperoleh banyak manfaat hasil perkongsian AS-Malaysia, khususnya melalui program pengajaran bahasa Inggeris dan berharap kursus ETA dapat dianjurkan semula bagi membantu generasi muda menguasai bahasa itu terutamanya di luar bandar.
"Ia amat berfaedah untuk anak-anak di Sabah kerana kita mengutamakan pembangunan bahasa Inggeris, sains dan teknologi. Kepakaran mereka sebagai penutur asli bahasa itu boleh membantu dalam usaha ini. Kami mengalu-alukan penglibatan mereka," katanya.
Selain bahasa Inggeris, Mohd Ariffin turut melahirkan harapan AS dapat membantu dalam memupuk minat dan pengetahuan mengenai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda Sabah melalui program perkongsian atau pertukaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bersama Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D. Kagan (kiri) pada majlis perasmian American Green Corner Sabah. - Foto Bernama

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.

Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta
Amerika Syarikat sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris.