KUALA LUMPUR: Program Pensijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang diperkenalkan bukan sekadar menyediakan pekerja berkemahiran, tetapi juga bertujuan untuk memartabatkan imej pekerja dalam industri itu.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, program tersebut yang dilaksanakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) turut membuka peluang pekerjaan dengan syarikat konsesi di bawah seliaan SWCorp termasuk operator pembersihan.
"Program ini telah pun bermula sejak 2019 iaitu kumpulan pertama atau perintis bagi program ini melibatkan seramai 591 orang yang dihantar oleh syarikat konsesi sendiri dan maklum balas yang kita terima adalah mutu atau kualiti pekerja lebih baik selepas didedahkan dengan kemahiran ini.
"Justeru kita perluaskan program ini pada peringkat universiti dan juga penghuni penjara yang mana kita sasarkan seramai 300 penghuni penjara daripada 17 penjara akan ikuti program ini melalui program 'Sinar di Sebalik Tirai Besi' yang akan buka peluang pekerjaan kepada mereka sejurus tamat jalani hukuman," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, program 'Sinar di Sebalik Tirai Besi' akan dirasmikan pada 22 Jun ini di Penjara Sungai Udang, Melaka sekali gus menjadi simbolik kepada kerjasama strategik antara SWCorp dan Jabatan Penjara Malaysia dalam inisiatif berkenaan.
"Program pensijilan kemahiran ini mengambil tempoh selama lapan bulan bermula pada 1 Jun lepas hingga 31 Jan tahun hadapan dengan pemberian insentif RM500 setiap bulan sepanjang kursus," katanya.
Mengulas mengenai Sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2023 (Garbage Man Day) yang disambut pada 17 Jun setiap tahun, beliau berkata, pelbagai program telah diatur sebagai usaha menghargai pekerja dalam sektor tersebut yang merupakan wira di sebalik tabir dalam memastikan negara berada dalam keadaan bersih dan indah.
"Sambutan di peringkat negeri melibatkan negeri Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), antaranya mengadakan majlis penghargaan dan menyantuni pekerja yang ada masalah kesihatan dan sebagainya," katanya.
Akmal Nasrullah berkata, setakat April tahun ini, terdapat seramai 27,465 pekerja dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan, dan daripada jumlah itu seramai 20,339 orang terdiri daripada pekerja tempatan manakala selebihnya merupakan pekerja asing.
"Kalau kita lihat terdapat pertambahan jumlah pekerja tahun ini berbanding pada awal pandemik COVID-19 sekitar 25,000 pekerja dan ini mungkin kerana adanya pertambahan populasi dan sebagainya.
"Justeru, cabaran kita ketika ini adalah usaha untuk menarik lebih ramai masyarakat tempatan untuk bekerja dalam perkhidmatan ini yang dikategorikan sebagai pekerja 3D iaitu difficult, dangerous and dirty (sukar, bahaya dan kotor)," katanya.
Beliau berkata, dalam sektor perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, antara yang menjadi cabaran adalah bagaimana untuk menguruskan sisa pepejal dengan baik dan usaha untuk mendidik masyarakat mengasingkan sisa pepejal mereka mengikut kategori.
"Perkara paling asas yang perlu dititikberatkan kepada masyarakat iaitu macam mana untuk kurangkan sisa pepejal, itu paling asas dan kemudiannya bagaimana untuk asingkan sampah ikut kategori kerana jika tiada pengasingan dibuat akan menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal tinggi dan juga berlaku pencemaran.
"Peranan dimainkan SWCorp memang mencabar kerana kalau kita hanya lihat dari segi penguatkuasaan dan pelaksanaan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya kesedaran masyarakat juga perlu seiring, kerana itu juga kita adakan program Trash to Cash (tukar sampah kepada duit) bagi mengurangkan janaan sampah di samping membantu masyarakat jana pendapatan tambahan melalui pertukaran barangan kitar semula," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023

Akmal Nasrullah berkata, program yang dilaksanakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) turut membuka peluang pekerjaan dengan syarikat konsesi di bawah seliaan SWCorp termasuk operator pembersihan. - Gambar fail BERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Program pensijilan kemahiran pengurusan sisa pepejal angkat imej pekerja pembersihan
Program Pensijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bertujuan memartabatkan imej pekerja dalam industri itu.